Susah kawal Stress dan kerap marah jaga anak umur 3 tahun lebih

Hai semua. Sejak akhir2 ni, saya rasa sangat stress dan kerap sangat marah anak sy yang berumur 3 tahun lebih. Dulu, sebelum marah, saya boleh kawal dan masih boleh berfikiran rasional. Tapi, sekarang, anak buat salah sikit, saya marah. Lepas tu, baru lah terdetik rasa menyesal. Tapi, selang beberapa minit, marah lagi. Kadang fed up dengan diri sendiri, rasa gagal bila asyik2 marah. Saya rindu diri sy dahulu, anak buat salah, saya masih boleh berlembut. Sekarang, kalau boleh, setiap masa marah. Saya nampak anak pun terasa dengan sikap saya yang berubah dari ibu penyayang dan cakap baik2 kepada "singa". Rasa kasihan, rasa tak nak buat anak macam tu semua ada. Tapi, tu semua hilang sekelip mata bila nampak ada yang tak kena depan mata. Ada tak yang sama seperti sy? Kalau boleh, Tolong bagi nasihat atau apa2 cara untuk masalah saya ni. #pleasehelp #advicepls #bantusharing #firstmom

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Apa beza dulu dan skarang? Skarang awak ada anak kecik ke selain anak yg 3 tahun tu? Benda nie awak, mmg kadang2 kita out of our awareness. Kalau kita burn out @ terlalu stress mmg kita akan buat benda di luar kawalan kita. Sbb tu awak kena find out apa penyebab stress tu? Normal seorg ibu akan kurang tido @ kurang rehat kerana menguruskan anak2 dan urusan rumah tangga. Tp si ibu kena bijak untuk menguruskan urusan nie supaya x burn out. Si ibu x dpt rehat langsung ke seharian tu? Si ibu x dpt makan secukupnye ke dalam seharian tu? Anak pun dah 3 tahun, kesian marah2 die tanpa sebab.. Kalau awak dpt tahu apa penyebab awak stress, luahkan pada suami, minta tolong suami untuk jaga anak skali. Atau luahkan pada sesiapa yg awak boleh percaya...

Đọc thêm