Hai semua! Saya nak luahkan kegusaran dihati. Anak saya kepala dah kat bawah tapi belum masuk laluan. Tadi kena seluk sebab doctor nak check bukaan. Tapi belum ada. Last week pun kena seluk tapi tak ada bukaan. Saya risau dan rasa annoyed sangat bila Doctor tak habis2 dok suggest ceaser😭 kalau boleh anak sulung taknak ceaser.
Baby okay je. Tapi doc cakap next week (40weeks) kalau takde bukaan dia akan induce pagi and check bukaan. Kalau takde bukaan, tengah malam tu kena buat Emergency ceaser.
Kalau ikut kawan saya pada 41minggu baru 1cm. Dan doctor tak ada planning langsung untuk ceaser dari awal.
Macam mana ye mommy?
Ada tips ke untuk bagi baby kepala lock dekat laluan, cepatkan bukaan dan kerapkan contraction?
Saya memang jenis aktif.. kat rumah memang buat keje rumah.. plus exercise macam2 dah try ikut suggestion doctor..
Harap ada yang sudi kongsikan pengalaman, nasihat dan tips
Aina Nabila