Bersalin Awal (due date 22/5 tp dah bersalin czer 27/3)

hai, saya saja nak share sini. nak baca baca, taknak baca boleh skip 😬 sy memang ibu hamil berisiko, buku pink pun sticker kuning sbb diabetes type 2. dan bergantung pada metformin dan insulin dengan dos yg agak tinggi. 27/3/23 saya ada appt hospital dengan pakar o&g. mmg tiap bulan appt untuk tengok development baby. masa pegi ni urin dan bsp memang sangkut sbb saya pegi bantai minum soya kotak (layankan sangat teringin tu padan muka) 🥴 jadinya dorg decide nak naikkan lg dos insulin, terpaksa la warded kan sy untuk pantau. sy mintak nak balik dulu kemas barang nak warded, datang serah diri pukul 2. daftar kemasukan wad, pegi la wad bersalin (mmg kena pantau kat wad ni). dorg cek tekanan darah pastu suruh baring dalam bilik khas utk nurse cek ctg jantung baby sementara tunggu dpt katil. tp ctg saya dorg track ada contraction yg kerap sedangkan sy baru 32weeks (tp sy tak rasa sakit, baby jela mengeras2. ingatkan normal) satu wad tu dah kecoh nurse2 dgn doktor pakar dtg tengok sendiri, cek bukaan bawah takde. suruh rilek sekejap, lepas sejam cek lagi. masih ctg takcantik. tiap kali contraction tu jantung baby drop. sy terpaksa emergency czer time tu. tak sempat nak fikir apa2, fikir baby je.. alhamdulillah pukul 6.34pm sy selamat melahirkan baby girl premature 32weeks 2.1kg. berat baby 2.1kg sbb sy ada gdm dan mmg saiz baby masa scan besar 2 minggu. tp sebab dia keluar awal kan, kalau keluar cukup bulan mungkin 3kg ke atas. sekarang pntang kat umah tp baby dipantau di wad 4, jadi, sesiapa yg dah 30weeks better prepare la beg hospital siap2. baby boleh keluar bila2 masa sahaja 🤧 #bantusharing

21 Các câu trả lời

Alhamdulillah selamat dah semuanya..selamat berpantang sis..sy mmg awal dh siap beg..excited walaupn bukn anak pertama 🥰👍🏻

Alhmdulillah bby dan ibu selamat , due date kita lebih kurang sis…tq share pngalaman…tahniah dn slmat brpatang ya

wah besarnya baby. due date kita sama tapi baby saya iugr, berat baru 1.4kg 🥺 hopefully dapat naik berat before lahir

sama dgn sy sis, baby high risk iugr. 31 weeks, baby berat 1.1kg. semoga dipermudahkan.

alhamdulillah kita 10/5 kena get ready ni. xpacking2 lgii. xsangka kan ok .semoga dipermudahkan urusan puan 😍

alhamdulillah tahniahh sis.. btl tu sy pn dah prepare awal2 brg baby now nak msuk 32week dah

Alhamdulillah , tahniah sis. Selamat berpantang dan jaga kesihatan ya 😘

Sy pun dah prepare bag hospital since 28w, skrg nak masuk 35w hehehe

Due sama 22/5.. Dah prepare sikit2.. harap2 baby keluar cukup bulan

due kita sama 22 / 05.. btw congratulations sis ☺️

Alhamdulillah. Tahniah sis! Selamat berpantang.. 🥰

Câu hỏi phổ biến