Hai saya first time mummy. Apa yang saya perasan sejak mengandung sampai sekarang baby dah dua bulan ni, semua social media mula banyak iklan dan posting pasal parenting, susu baby, dan sebagainya. Dah kurang dah tentang fesyen, kesenian etc (macam feed saya sebelumni)
Tapi tadi saya buka explore ig suami, dia punya feed macam sama sahaja. Sebelum jadi ayah dan selepas bergelar ayah. Kita sedia maklum yang media sosial ni dia pakai AI dan algorithm. Apa yang kita selalu tengok, benda tu akan selalu keluar
Jadi bila tengok ig suami macamtu, buat saya rasa sedikit kecewa, marah, sedih. Like macam saya sorang je ke yang hari hari baca dan dengar pasal penjagaan anak? Sedangkan feed suami saya banyak berkaitan motor, game, anime etc
Okay itu sahaja luahan hati
Anonymous