5 Các câu trả lời

Kalau gov mmg lama nak tggu. Kalau tempat saya cth doc kk dah buat surat refer ke pakar, nak tggu dapatkan tarikh appointment pakar tu akhir tahun baru dpt. Tu baru dpt tarikh. Belum nak jumpa pakar. Dah jumpa pakar kena tggu lagi tarikh utk start rawatan. Lamaaaaaaaa sangat ye nak tggu. Kalau ada duit lebih boleh buat kat swasta. Saya pernah nak buat dekat kpj baru RM700 suami isteri. Ni harga tahun lepas. Tapi saya rasa hanya checkup saje. Iui harga lain. Saya tak sempat pergi Allah dah bagi rezeki zuriat. Tapi kalau awk nak pergi gov pun boleh je. Sambil tggu que awak boleh usaha lagi dgn suami. Manatau belum sempat nak check dah lekat. Saya doakan semoga Allah hadirkan zuriat pada TTCian semua

terima kasih awk sudi share. alhamdulillah masha Allah, aminnn..

Saya keguguran 3 kali tahun 2021 dan 2022. Saya ada ke HTA untuk buat checkup sepenuhnya ke atas diri saya dan suami. Takde masalah dalam kromosom abnormal, abnormaliti pada rahim, masalah antibody and immunologi, masalah Thrombophilia, msalah endokronologi seperti kencing manis teruk, polycystic ovarian syndrom (PCOS), thyroid (Hypo atau Hyperthyroid). Semua ni blood test yang dilakukan ke atas saya. Suami hanya jalani ujian dalam kromosom. Doktor sahkan kami berdua sihat. Doakan kami dikurniakan zuriat yang soleh.

Prosedur pergi kk mintak surat refer ke hospital jumpa pakar o&g untuk rawatan kesuburan. 2 tahun kawin sy terus buat. Sy pun 2 kali gugur masa tu. Nanti doktor kk akan tanya sikit2 lepas tu dapat surat. Ramai cakap gov lambat. Pada sy ok je cepat jugak sy dapat buat test2 dan iui. Boleh try untuk yg kurang berkemampuan. Sambil2 tunggu appointment boleh usaha yg lain jugak.

maaf,boleh sy tahu result lepas buat test?doc detect sis ada masalah apa ya?

Kalau sis ada bajet lebih, boleh gi jumpa o&g kat hospital swasta terus. Kat gov kena q lama sangat. Saya dulu 2 tahun kawen nak buat appointment jumpa o&g gov pun diorang kata dahulukan pasangan yang dah kawen 5 tahun ke atas dan masih belum ada anak. So saya terus jumpa dr swasta.

Anak saya dah 5 tahun sis 😂😂 cerita pengalaman dulu. Hihi. Sekarang Alhamdulillah anak 2 dah 😊 yang ke 2 pun ttc cara sama dengan yang first. Jumpa dr, dr bagi pil perancang lagi untuk stabilkan hormon, pastu terus pregnant lagi 😊

husband dh buat sperm test belum.? klau belum, cuba suruh dia buat dlu. sbb lelaki cuma test sperm shj. prmpuan yg bnyk test kena buat .

terima kasih semua bg nasihat..hrapnya suami pun normal.tawakal..doakan kami ya 🥹

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan