Spotting serius atau biasa?
Hai nak tanya. Kalau spotting macam ni kira serius ke atau biasa ye?
Saya pernah kena mcm ni masa 1st pregnancy. Dr di GH kata tak de apa boleh teruskan hidup seperti biasa. Terkedu jugak dengar. Tapi kita yg takde medical background ni pegang lah apa dr kata. Lepas bleeding berlarutan rasa nak dapat 2nd opinion dekat tempat lain. Pergi swasta terus dapat ubat utk kuatkan rahim and mc utk bedrest. Sedihnya rupanya bleeding tak normal. Lepas lebih 3 minggu akhirnya takde rezeki. So sis cepat dapatkan bantuan ya. Jgn takut utk dapatkan 2nd opinion jugak. Semoga dipermudahkan urusan
Đọc thêmsis sekarang dah berapa weeks.... minggu lepas ada keluar spotting terus gi klinik swasta sebab malas nak gi hospital..biar lah kena bayar mahal pon janji berpuas hati dengan keputusan yg klinik swasta bagi...masa dekat klinik swasta hari tu doktor mintak saya beli ubat kuatkan rahim dekat farmasi sebab dekat klinik tu tak ada ubat ni..lepas saya makan terus tak keluar dah spotting.. nanti sis cuba mintak dekat doktor ubat kuatkan rahim klau boleh
Đọc thêmtak pasti lah sis..sebab sesetengah orang dia lain2..ada yg bila scan awal dh nmpak dan ada yg sampai 8 atau 10 weeks baru nampak kantung.... kalau sis nak scan seeloknya 8weeks sebab klau 5weeks macam awal sangat nanti rugi je sebab scan ni mahal jugak
masa sya preggy 35ws cmtu kluar camni juga. lepas tu kluar darah mcm period tu.. xdela penuh pad tapi since dia darah then sya pegi je hosp terus. doc scan dan chck bawah utk tgk jika ada ancaman pd bayi. kena tahan juga la tp x admit wad sebb slps doc chck tu dah xde bleeding tu. sya suggest jika kluar darah merah segera jumpa doc. tkut plasenta x kuat. klu kee camni sllu doc akn kata ni balance period dulu2 x abis kluar 😅
Đọc thêmmsa 11weeks hari tu sy ada spotting g kk jmpa doc, doc trs scan dn check jantung baby alhamdulillah doc pmpn tu org india baik sgt..dia siap refer to hospital lg utk check lebih details kat sna.. msa kat hospital tu doc pmpn india jgk pun baik sgt siap advice kena bed rest dn jgn skip ubat.. xptt doc nak marah2
Đọc thêmPernah last year keluar spotting mcm ni masa 10w, da pergi emergency esoknya gugur. Kalau da buka buku pink, mesti misi tu da pesan apa2 pendarahan semasa kehamilan adalah tidak normal. Tu misi bgtu kat tempat sy. Baik sis cepat2 pg hospital. Semoga dipermudahkan.
Baiklah saya akan segera pergi buat checkup. Terima kasih awak atas nasihat 🥰
kalau byk mcm ni better check doc. sy pon spotting mcm ni cumanya xbyak mcm awak. hnya sebesar kacang jee setiap hari. berlarutan selama dua mggu. then end spotting. tapi doc cakap normal. but utk awak, better rujuk doc. sbb pada sy byk sgt spotting tu
Thank you atas nasihat 🥰
apa2 discharge yg keluar semasa awak hamil tak normal. sebab dh berlaku persenyawaan dlm rahim awak. hanya doctor yg boleh nilai tahap kesihatan awak dn janin awak. please go see doctor.
Jumpa doktor dapatkan ubat. Pergi klinik wanita. Dulu doktor bagi saya duphaston untuk kuatkam rahim. Saya mula2 pun tak jumpa doktor, makin lama makin banyak spotting. Nasib tak gugur.
Doc akan cakap normal. Tapi ada jugak kemungkinan spotting tanda tanda awal something yang tidak normal. Saya 1st pregnt spotting macamni & doc kata normal. Rupanya saya pregnt luar rahim.
Allahu yeke. Sekarang macam mana keadaan awak? Baik2 saya akan segera ke klinik
sy keluar spotting koko slama 3minggu, doc ckp tanda awal keguguran. masatu tak tau lagi positive, apa apa pun klau brlaku bnyk kali, terus inform doc
Dreaming of becoming a parent