Hai, just nak kongsi, tak tahu nak luah dekt siapa dah, nak luah kat husband nanti husband cakap apa sebab family dia,
okay cerita dia macam ni,
saya baru bersalin 3/10, sebelum bersalin mak belah husband suh berpantang dengn dia, saya jenis dah tak selesa, lagi pun adik beradik dia semua lelaki, yg perempuan pun sorng tapi macam lelaki, ganas cakap kasar, bukan tak suka, tapi saya tak selesa, saya cakap dengan husband nak pantang dekt rumah mak sy, mula2 tu dia okay setuju sebab sy cakap adik brdik dia semua lelaki, last2 jadi lain, dia cakap family belah laki ni cucu sulung semua nak dtg tgok sedara mara semua nak tgok cucu, lepas tu sy cakap ngan husband nak tgok boleh jangan cium2, husband diam jelah, ni bapa mertua cakap dengan husband 1 minggu duk ngan dorng, kalau boleh bagi dorng jaga, abis tu mak sy pun nak jaga jugak walaupun bukan cucu pertama,
sy pernah terasa jugak bila adik perempuan dia cakap sy tak ambik kisah pasal adik dia, sy pikir jugak sy tak ambik kisah? adik dia lepas spm sy crikan kerja, adik sy lepas spm mana kerja, mak sy suruh carikan kerja untuk dia sy tak buat pun, lepas tu sy dah ajak adik ipar kerja sekali dengan tmpat kerja sy pun dia masih tak bersyukurdah ade kerja, masih cakap sy tak ambik kisah pasal dia, tah lah hidup2
pernah bapa mertua accident then mak ayah sy tk dtg lawat dia, sebab mak ayah sy kerja, mak abah dia tak kerja, tu pun husband n family dia pertikaikan, sy dah cakap family sana memang kerja busy, tapi still boleh besarkan kitaorg 5 adik brdik dgn baik, lepas tu sy husband cakap cmni cakap jelah family korang tu (family sy) tak suka family aku, sy mcam what kau kenapa, dia marah2 pakai bahasa kau aku,
ni sy berpantang seminggu dekat rumah mak mertua, baru tdi sy dengr dorng anak beranak bising dekt ruang tamu, family sy tak dtg lawat lah, anak dia masuk hospital pun tak dtg busy kerja, husband cakap dengan mak ayah dia, tak pelah tgok jelah mak dia (mak sy) nak jaga tgok jelah, nanti kalau aku dah smpai sana aku tanya mak mana, mak kerja memang aku bawak balik je, sy dengar nak menangis sampai tak makan sebab tak nak keluar bilik terdgr dorng bual apa, rasa nak menangis jee, stress lah, rasa macam nak cakap ngan husband balik rumah sendiri pantang sendiri tak de sorng pun boleh dtg tgok😭 nanti kurang ajar pulak...
bapa mertua pun bising2 sebab besan2 dia tk dtg tgok dia, sy nak cakap apa, husband pun jenis backup mak ayah dia, selalu gaduh sebab benda ni, time pregnant pun rasa nak lari rumah sebab gaduh anak siapa nak jaga, nak berpantang lagi, penat lah selalu mcam ni,
time pregnant mak mertua nak jaga ank, tapi sy tk bagi, lepas tu mak mertua merajuk, sy nak jugak rasa susah jaga sendiri, nak rasa tanggungjawab ibu tu, tak pelah hantar taska mahal2 pun sebab anak kita, sy pesan dekt husband, mak dah jaga anak dia kenapa nak suruh mak jaga cucu dia, husband cakap jimat kos, kita bayar kat mak bulan2, sy cakap ngan husband mak tu ada tanggungjawab lagi, suami dia ada anak dia sekolah pun masih ada lagi, takkan nak duduk ngan kita, sy lg bangkang kalau dia duduk dengan kitaorg, sebab dia pernah cakap nak bawak mak ayah dia duduk sekali, sy tak suka lah,, letih lah nak pendam sorng2, nak luah pun kang husband cakap sy tak suka family dia,
sorry luahaan kejap 😔😔😌
Nursyafiqah Eeran