miss v kering bila bersama

hai mummy² saya lepas bersalin 11 bulan yang lalu dan fully menyusukan anak . pada awal nya takda apa² yang berlaku bila anak dah 6 bulan lebih tiba tiba saya kena kulat candida seksa nya gatal² tapi lepas tu okey takda candida tapi masih gatal² check lagi candida takda tapi keputihan (macam color susu kadang macam susu basi takda bau keputihan tu tapi bahagian labia bau ikan sikit ) tapi cek normal takda candida dan bacteria jadi doctor bagi ubat sapu je okeyla takda gatal sangat mungkin sebab kering .. sekarang ni pulak masalahnya bila bersama suami memang kering sangat walau foreplay lama pun kering bila bersama je mesti luka kadang sampai berdarah bahagian luar sebab kering .. ada tak tips apa apa biar tak kering? #Needadvice #bantujawab #Sharingdong_Bund #mohonbantujawabbunda #AskingAsAMom

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai Mummy, jangan risau sangat ya, kekeringan ni sebenarnya sangat biasa berlaku semasa kita masih menyusui, sebab hormon estrogen kita turun bila prolaktin naik, jadi tisu bahagian intim jadi lebih kering dan nipis dari biasa, dan ia biasanya akan baik sendiri bila menyusu dah kurang atau berhenti. Untuk sementara ni, boleh cuba gunakan lubricant berasaskan air (water-based lubricant) sebelum bersama, ramai mummy yang dah cuba dan rasa jauh lebih selesa dengan cara ni. Pastikan juga ambil masa yang cukup untuk foreplay, dan kalau kekeringan tu masih teruk atau sampai berdarah kerap, mungkin doktor boleh consider krim estrogen topikal yang selamat untuk ibu menyusu, tapi itu kena bincang dengan doktor dulu ya. Sebab kondisi setiap orang berbeza, lebih baik Mummy tanya pakar sakit puan semula supaya dapat rawatan yang betul-betul sesuai untuk Mummy.

Đọc thêm