Buah pinggang baby bengkak air 18w

Hai moms. Tadi saya g buat detail scan and sono tunjuk ada bengkak air kat dua2 belah buah pinggang baby. Gender baby dh tau.. baby boy. Boleh tolong kongsikan pengalaman sesiapa yg alami benda sama? Apa jd bila baby besar? Risau sgt bila dengar baby ada masalah buah pinggang ni. 🥺🥺🥺🥲 saya mohon ibu2 semua doakan saya dan baby saya sihat ya.. terima kasih 😢❤️

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

baby saya pun detect buah pinggang bengkak masa 18weeks detail scan. dua dua bengkak. skrg dh 33weeks pun bengkak makin besar plk. tapi sebelah kiri makin kecik. kanan making bengkak. dr cakap banyak baby boy mcm ni. tapi as long air ketuban kita normal means dia kencing ok je tkde problem. and tkboleh buat apa. just every time checkup kena pantau je. if makin besar sampai bersalin nti lepas bersalin diorang refer peads untuk rawatan susulan. ada yg lepas bersalin dia kecut sendiri. saya pun first baby ni kena cmni. mmg risau. tapi positif je baby pun active.

Đọc thêm
8mo trước

Saya TT erm masa scan tu lebih kurang 8mm gitu. Last scan baby masa 33w buah pinggang dia dh normal size. Saya dh pun bersalin baby dh nk masuk 2 bulan. Baby saya sihat alhamdulillah.. doakan dia kekal sihat ya 🫶🏻💜

Anak kawan saya pun lahir baby ada masalah buah pinggang bengkak. Anak dia skg dah masuk 3th, dia kata buah pinggang anak masih bengkak tp mslh ni x ganggu kencing, berak dan makan anak. Xde apa2 yg boleh di buat, cumanya tiap kali review dr pesan untuk pantau kencing, berak anak katanya.. So untuk awk jangan risau sgt, Semua ni pasti ada hikmahnya. sabar dan banyakkan berdoa, minta2 semasa dlm kandungan boleh sembuh secara natural. Amin..

Đọc thêm
1y trước

Terima kasih share pengalaman kawan awak dan mendoakan kami.. ❤️

Hi Momi, sy scan detail 21w. Sbelah buah Pinggang baby besar ada lebih air. Lepas tu refer hospital. Akan ada checkup hospital sampai bersalin. Alhamdulillah masa 38w tu OK dah normal balik. Skang dah bersalin pun. Baby dah 7m pun. Semua baik2 jer. Momi jgn risau Sgt, sebab doct kata biasanya akan back to normal semula. So positif je ok, doa Banyak2. Jgn stress. Semoga semua baik2 jugak Utk Momi. Btw sy pun baby boy.

Đọc thêm
1y trước

Tq share mommy. Masih ada harapan untuk baby sihat sendiri ya. Btw tahniah selamat bersalin ❤️ semoga urusan mommy seterusnya dipermudah juga ☺️

semoga dipermudahkan urusan🤲. semoga baby awak baik2 sahaja. doa yg baik2 minta yg baik2. doa ibu paling mustajab❤️. kalau ada jumpa kucing jalanan beri kucing makan. sambil beri makan minta kucing tu doa utk awak dn baby. kalau ada ada org yg memerlukan beri ikot kemampuan awak. sambil memberi dlm hati awak doa supaya awak dn baby okay.

Đọc thêm
1y trước

sama2 awak❤️

Sis kalau nak tau jawaban lebih. Cuba search kat app ni, mana tau banyak yang sama soalan dengan sis kan… Semoga sis dan bby selalu dalam lindungan Allah 🙏🏻🤲🏻🤍

1y trước

Terima kasih mendoakan ❤️🥺

semoga dipermudahkan segala urusan sis dan bby dlm keadaan baik² saja

Influencer của TAP

Allah Semoga di permudahkan urusan

1y trước

Terima kasih mendoakan ❤️