anak saya lahir 2.14kg. masa pregnant lagi la, scan nampak kecik ,tambah saiz perut kecik 2week, tapi doktor/misi tak kata apa. pergi hosptol doktor kt sana pelik kenapa tak buat apa2x sbb risiko juga kalau berat kurang kan. bila ingat balik geram juga sbb first mom, taktau apa2x, pihak sana pun buat halai balai je & almost hilang anak juga sbb tiba air ketuban drop tapi takda keluar air apa pun, baby pun da lemas. time tuh hanya Allah ja tau perasaan saya bila dengar doktor kata baby 50-50, diorang cuba selamatkan. 😌.
dan alhamdulillah , baby selamat . tapi mmg kena tahan nicu sbb tertelan najis + oksigen laju tapi sehari je. n then esok kena pindah ke wad baby utk diorang pantau & tunggu saya discharge sbb nak bagi df tuk naikkan berat anak. alhamdulillah berat naik sikit so boleh discharge, tapi kena ulang alik ke kk sampai berat dia naik 2.5kg.
kira mmg yg ni pengalaman yg tak boleh lupa sampai bila2x, sampai skrg saya jadi trauma kalau anak tak sihat ke apa. oh yaa, anak saya time lahir kecik kan, tapi alhamdulillah tau, dia membesar ,dlm sebulan 1kg++ naik.
so awak kena kuat yaa. fikir positif .awak makan makanan yg boleh naikkan berat baby, selain susu ada je yg lain. kalau baby ringan time bersalin , inshaAllah dia membesar dgn sihat nanti.
skrg enjoy dulu yaa. jgn stress2x ,jgn fikir bukan2x, baby mesti tamau mommy dia sedih bab ni. semoga dipermudahkan urusan awak . maaf panjang sikit cerita pasal pengalaman saya dulu. 😅 .
Anonymous