Barang keperluan bayi yg wajib ada

Hai mommy yg dh ada experience..blh suggest barang apa yg perlu beli & tak perlu beli sebenarnya..sy first mom to be Cth: buai,walker etc

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Buai - terpulang pd ibu. Nak beli boleh, x nak pun boleh. Bukan kewajipan. Ada org beli sbb nak memudahkan keje utk tido kan baby tp akan jd masalah kalau pegi ke tempat yg x ada buai contoh mcm hantar anak ke taska (kalau ibu bekerja). Ada cara nak tido kan baby sebenarnya tanpa buai. Anak sy x pakai buai pun langsung Walker - kalau nak beli pun, better tunggu bila baby dah boleh duduk sendiri. sama mcm buai. Bukan wajib ada tp utk memudahkan ibu, boleh je nak beli tp tetap ada risiko kat baby. Contohnya baby boleh jatuh dan cedera atau baby senang nak capai apa2 yg bahaya. Tp kalau dari segi kesihatan, x digalakkan sbb boleh mengganggu perkembangan motor baby. Breast pump - seeloknya ada 1 x kesah yg electric atau manual. Boleh guna time perlu contohnya utk buat stok susu baby jd x perlu susah2 nak marmet guna tgn Baby Carseat- kalau ibu yg boleh drive, benda ni 1 keperluan utk letak baby kalau nak bawak baby pegi checkup ke apa. Stroller - utk mudahkan bawak baby pegi mana2 jd x penat nak kena dukung je. Terpulang pd ibu. Baby carrier - kalau x mampu beli stroller, boleh beli yg ni dulu. Senang, cuma lama2 akan mudah sakit belakang la bila baby makin berat. Kalau ibu surirumah, benda ni memudahkan ibu nak buat keje rumah sambil jaga baby kalau risau nak tinggal baby sorang2. Baby swing chair/ baby rocking chair - lebih kurang fungsi mcm buai. Tp rasanya yg ni lebih selamat kalau kata puan nak pakai utk mudahkan puan. Anak pun x jd demand perlu tido kat baby swing chair ni je mcm buaian tu. Bukan wajib beli. Terpulang pd ibu nak beli atau x.

Đọc thêm
2y trước

Tambahan. Kalau beli nursing pillow yg bentuk U shape ni awal2 pun x apa. Selain boleh bantu utk mudahkan nak menyusu baby nanti, bantal tu boleh guna jugak utk ajar baby buat tummy time. Sangat berguna