9 Các câu trả lời
Klau kat area Bangi ni kena booking gune apps. Nanti nurse bagitahu caranya. Awk kena call kk sana. Nurse ckp utk first time bukak buku mmg ambil masa lama sbb byk procedure. Menunggu utk byk process. Dia kata kalau dtg awal pagi, abis dlm tghri. And dia minta kita jangan amek half day risau tak sempat masuk office. Better cuti one day dulu. For next month appointment baru amek half day. Kalau kk tu tak ramai org, cepat la process awak. Kalau ramai, mmg tunggu lama.
kalau ikut pengalaman, amik masa 2-3jam. sbb mass buka buku tu, nurse suruh amik darah dah check air kencing. kena tunggu result tu lagi. pastu kena tunggu nak jumpa nurse lagi . kalau dtg awal, blh la cpt siap. sy pegi buat appointment masa 8w, tp dpt tarikh buka buku kandungan dah 11w. penuh.
kalau sy masa buka buku haritu kena call kk berdekatan area yg kita tinggal untuk ambil tarikh .. kalau bukak buku tu proses dia ada la lebih kurang dlm 2jam . sbb kena ambil darah / ujian hiv / ujian air kencing / jumpa doc . tu pengalaman sy la . kalau 8w tu dah boleh call kk untuk ambil tarikh
Saya bukak buku pink masa bulan 4 tahun ni, kene booking appointment dekat website qmed. Proses agak lama, sebab ramai orang. Kene sabar menunggu. Appointment pukul 9, saya datang 830. Pukul 1130 baru settle. Depends pada kk masing ii.
sama la dgn sy. dtg pukul 8 , 11 lebih bru settle . biasanya buka buku mmg lama sbb mcm2 dia nak cek, dan nasihat.. especially bila hb low..
Hi, kena call kk untuk buat appointment. Nanti nurse akan bagi date untuk datang buka buku pink. saya baru buka 29/8 haritu. datang pukul 8, siap nak dekat pukul 1. lama juga, brace yourself mummy
timbang berat, check darah tinggi, check breast, check perut, consult doctor, confirm kn date next visit dgn nurse. ambik ubat. first buka buku mmg lama mcm tu saya rasa
dekat kk tempat sy, sy g walk in je terus boleh buat. Datang kul 2, nk dekat kul 5 baru selesai. wktu tu sy 7week. elok call atau tanya kat kk area sana. sbb lain tempat lain cara.
tgok tmpt.. mcm sy bt appoiment bgtau kk awl bln 8 aritu nk bkk buku.. skli die bg tarikh 19/9..jenuh la tggu.. hahaha..
klau nk cepat g je walk in , just bt pemeriksaan... kdg tunggu 8/9/10weeks bru dpt jumpa doc utk scan
Saya baru pergi tadi. Kena buat appointment. Datang 8.30 dekat pukul 12 jugak siap.
iraroslan iraroslan