Mental dah tak kuat
Hai mommies, sorry sy nak luah sikit. Sekarang sy tengah pregnant dh 35 minggu. Sy rse penat sangat2 sebab pergi keje drive sendiri. 40 minit juga jarak rumah dengan tempat kerja. Husband bukan x tolong hantar tapi dia pun keje shift n memang time cuti je dia boleh hantar saya. Saya dah cuba minta dengan manager nak minta cuti awal tapi sedihnya dia X bagi alasan takde staff. Masalahnya isu X cukup staff ni bukan baru sebulan dua, dari tahun lepas lagi. Saya rasa burn out sangat lagi2 bile kena kerja hari Sabtu ahad dan public holiday. Saya keje dekat Mall jadi customer memang tersangatlah ramai dan kena berdiri je kalau ada customer. Malam tdi saya rase badan dh sejuk2 mcm nak demam, kaki bengkak, pinggang berdenyut2. Saya betul2 dah tak larat. Apa yg sy boleh buat ya? Rase nak minta kat Doc nak induce nk bersalin awal je klau tu je cara yang sy boleh dapat cuti. Saya tersangat penat. 😭😭😭