Zincofer keluar balik

Hai mommies.. moga dalam keadaan sihat semuanya.. saya dah 12 minggu.. doc ada bekalkan zincofer masuk ni banyak kali dah rasa nak muntah dan ada berapa kali betul betul keluar lepas makan ubat tu.. pertanyaan saya, lepas muntah tu kena makan folic acid balik ke sebab saya risau baby tak dapat nutrient tu? Plus.. boleh ke saya beralih ke ubat lain? Sebab banyak kali dah nak muntah..

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ikutkan kalau muntah balik dalam masa kurang 2 jam memang kena makan semula sebab takde penyerapan lagi. Kalau memang tak tahan sangat, nnt boleh bgtahu kat nurse/doktor yg awak nak tukar ubat. Pada masa sama sebelum dapat ubat baru, cuba makan zincofer ni dengan air masam. Macam jus oren/sunquick. Alas perut sikit dengan roti/biskut atau pape yg ringan. Kalau makan pagi, rehat/baring dulu dalam sejam jangan buat pape. Memang akan terasa mual sikit. Lepas tu nnt InshaAllah ok. Kalau tak, cuba makan malam before tido. Pastikan dah siap makan malam dan 2 jam sebelum makan ubat tu jangan makan pape.

Đọc thêm

Biasa nurse mmg akan bagi zincofer dlu sbb kandungan iron paling tinggi, tapi klu dah tak tahan muntah, bagitau je nurse , nurse akan suggest yang lain seperti iberet atau maltofer. Dua kali cuba makan zincofer muntah cukuplah saya tak larat dah terus pi klinik mintak tukar. Sekarang makan iberet Alhamdulillah okay

Đọc thêm
Thành viên VIP

saya makan obimin . makan zincofer memang loya dan muntah . Alhamdulillah, doktor bgtaw ary tu masa alahan elakkan mkn zincofer sbb akan menyebabkan loya . lps hbs alahan tetap xboleh telan . makan obimin, ok je . saya makan sebelum tidur .

sy tak makan zincofer walaupun kk bekalkan ubat tu. mmg xboleh telan sbb muntah 30 minit lepas telan. sy jumpa dr lain minta saranan dan sy ambil ubat maltofer. beli kt farmasi. 😁

3y trước

kalau nk ikutkan zincofer lagi bnyak khasiat. lengkap. tp tula. mcm sy muntah kluar skali warna merah kapsul dia tu. dgn mulut rasa mcm payau darah. sbb iron capsule kan. xrela sis sbulan nk telan😂 sy trus tukar maltofer. maltofer ni perisa coklat. boleh kunyah atau hisap. tp dia punya khasiat tak sepenuhnya mcm zincofer la. cuma ada yg penting mcm zat besi, folic acid. kalau zincofer mmg mcm2 kandungan dia. lebih dri apa kita perlukan. maltofer ni duduk tangga kebawah la dri senarai ubat2 yg naikkan hb. kalau sis risau,boleh je jumpa dr. nnti dr akna suggest ubat slain zincofer. ada je ubat lain mcm iberet, obimin, maltofer ni salah satunya. minta saranan dr pon boleh. mcm sy selain ambil maltofer,sbb sy tau tak lengkap sgt mcm zincofer, sy beli susu untuk ibu mngandung tu. jenama frisomum gold perisa honey vanilla. lengkap mcm2 vitamin2 selain yg kita nak dri maltofer. tp kene jarakkan . sbb susu ni xboleh ambil skali dgn ubat iron. nnti tak serap iron. pagi susu malam bru hisap mal

saya makan zincofer pn mmg rs nk muntah, tp bila saya mkn waktu mlm sebelum tidur, dh xrs nk muntah dh. sis boleh refer doc dlu sbb tkot hb sis mmg low

Cuba tukar masa makan zincofer, sblm tido. Jangan makan sblm makan. Infrm klinik takdapat telan zincofer, nanti klinik tukar ubat

Thành viên VIP

Try minum dengan air oren . Sy pun tak boleh makan zincofer, Nanti inform doc, dia akan tukar dengan ubat lain.

sama , sy pun tak makan zincofer.. cirit birit muntah terus.. boleh cuba tnya dktr utk tukar ubat..

Doc kata bila kandungan masuk 3bulan, folic acid dh xde function. Dia minta ambil vit lain

Inform doctor or nurse, cakap tak boleh makan zincofer.. nanti dorg akan tukar ubat lain