pandangan mommies, saya hargai ❤️
hai mommies, mintak pendapat dan pandangan sikit. dua hari sebelum period saya ada spotting. mungkin tanda nak period, fikir saya. period tak jugak dtg. delay sudah 4 hari. kemudian, hari ke 5 keluar lagi spotting. berlaku selama dua hari. bermaksud hari ke 5 dan 6 sepatutnya period. spotting tersebut sgt sedikit dan hanya keluar sekali sahaja untuk satu hari tu. period delay hari ke 9. saya try check upt tapi negatif. malamnya saya bersama suami. esoknya keluar lagi spotting. sama juga spotting yg keluar bukan period. warna coklat, tiada bau. perut saya kadang cramp. tapi tunggu punya tunggu tiada jugak period. cramp hanya sekejap adalah dalam beberapa minit. kemudian okay semula. nanti ada masa dia jadi lagi. ibu ibu boleh share pengalaman? adakah spotting yg saya alami tu adalah period? sebab tak pernah pulak period keluar sikit mcm tu. thank youu ibuu 🫶🏼