PRE TERM CONTRACTION & PP TYPE 2
Hai ibu2 semua. Sy just nk share pengalaman mengandung semasa 28 minggu. Sorry kalau panjang sangat. Nk cerita dari A-Z. Ini anak pertama sy dan sy ttc 2 tahun. Dalam pukul 5 petang, sy start rasa sakit perut. Tapi still boleh berdiri masak kat husband lagi. Hujung2 masak tu sy betul2 tak tahan sampai menangis terbaring. Siap pakej muntah. Husband cakap gastric kot ajak pegi klinik pukul 7.30mlm. Tak jadi dia nk masuk OT. Otw g klinik, muntah lagi. Sampai klinik sy mintak inj ranitidine dekat doktor utk hilangkan sakit tu. Doktor tekan2 perut dia cakap bukan gastric ni. Ni contraction sebab perut keras. Dia tak boleh bagi inj. Mana la sy tahu contraction ke gastric sebab tak pernah sakit pun😅 Dia buat referral letter ke hosp. Otw g hosp pun muntah lgi. Smpai hosp pukul 9.30mlm doktor tekan2 mmg betul contraction. Medical panggil pre term contraction. Kekerapan sakit tu setiap 10 minit tpi sakit tu dlm 10 saat je. Doktor pun check jalan pkai muncung itik. Masa masuk tak sakit. Bila dia bukak bagi luas tu ya Allah sakitnyaaaaaa . Terangkat bontot. Tpi Alhamdulillah jalan tak bukak pun. Lepas tu buat scan atas bawah pulak. Tetiba dpt diagnosed pp type 2. Maka hospital la rumah kita. Pkl 2.30pgi baru masuk wad. Lama sebab proses kt PAC tu lambat. Tunggu doktor tu dtg la doktor ni dtg la. Kesian husband dekat luar setia menunggu. Dpt injection dexa incase nk terberanak awal. Dalam pukul 7pgi baru la contraction stop. 9.30pgi tetiba ada spotting pinkish gitu dekat tisu. Ingat ke luka sbb muncung itik semalam tu. Rupanya bukan. Doktor kata mmg ada bleeding dekat cervix. Tpi jalan tak bukak. Dan2 la masa tu terus naik darah tinggi. Nadi 135. Sempat la nurse buat ECG tpi result normal je. Terus masuk wad pemantauan sbb bleeding. Dah la hp takboleh bawak masuk. Husband susah hati dh kat rumah. Dekat situ siap pkai tiub urine lagi. Tak sakit langsung pun. Ngilu sikit je. Pastu dpt ubat panas. Tpi sy rasa takpanas langsung. Nurse pun pelik. Org lain taktahan panas tu. Pkl 3pm dpt 2nd dexa. Sambung part 2