81 Các câu trả lời
Salam doc..anak saya batuk (kahak) dan selsema dah lama bermula 4/1 hingga skrg..pernah demam pada 4/1 dalan 24 jam..bagi ubat suhu turun..esknya dah baik..tapi sampai skrg masih batuk dan tak ada demam. Adakah ini kemungkinan influenza atau virus biasa? Influenza biasanya mmg disertakan dgn demam atau ada yang kena influenza tanpa demam? Saya ada bawa anak ke klnik utk checkup..dan doc ckp lung clear..nafas normal..dan dia aktif.. Skrg saya hanya monitor di rumah sahaja. Untuk pengetahuan doc..anak saya kalau batuk mmg lama..dan sebelum ini pernah warded disebabkan oleh batuk (nafas laju)..masa itu doc suspect tibi..tapi semua test dah buat result negative.. Persoalannya..perlu ke saya bawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut atau hanya monitor di rumah? Batuk ini ada tanda2 influenza tak?
Assalam dr..sy dimaklumkan oleh hospital dan klinik kesihatan yg polisi hospital kerajaan sekarang tidak lagi menyedut kahak bayi selepas dilahirkan. Bayi saya dah berumur 6 bulan dan masih lagi berkahak kalau berada dalam suhu yang rendah atau keadaan bersekitaran sejuk. Persoalan saya, sampai bila atau umur berapa biasanya kahak ini akan betul-betul hilang dan adakah kaedah atau rawatan yang sesuai untuk mengeluarkan kahak bayi selain daripada menggunakan neb dan sterimar. Saya ada baca kaedah sonotron. Apa pendapat doctor tentang kaedah tersebut. Adakah bayi yang mempunyai kahak, akan cenderung mempunyai asma, lelah atau resdung? Terima kasih doktor.
Slamat pagi doctor ...sya nak tnya sejak kbalakangan nie sya slalu slesma batuk...ank sya pun turut kene slesma dn batuk...adkah itu mrupakan slah satu simptom dri influenza? Sbab kmi xjuak demam...just kekadang tu lha rsa sejuk and bdan cam nak panas tpi xsmpai 37 drjah celscius lgi yg bleh dkategorikan sbgai demam...and anak sya bru msuk 6 bulan..tnggal 8 ary tu bru ambil vaksin 6 bulan...bleh k skrg nak ambil vaksin infuenza sbab bru je awal bulan tu ambil vaksin...bkankah spatutnya nak kene jarakkan waktu skiranya nak ambil vaksin tmbahan kan?
Owh tpi kmarin kmi dri klinik dha periksa syukur lha xde pa2" juakk...dya just panas dlam pnuh seriawan kat tepi2" pipi dya
Macama mana nak cakap ye. Ok kita faham kebanyakkan ibu bapa yang bekerja. Jadi mereka xdapat cuti yg lama utk jaga anak yg kurang sihat. Oleh sebab itu mereka hantar juga ke taska walaupun kanak-kanak tersebut masih meleleh hingusnya. So kita sedia maklum mereka memang tak tau nak bersihkan hingus maka lap kat baju atau kesat guna tangan yg kemudian terpaksa berkongsi mainan dengan kanak-kanak sihat yang lain. Secara tak langsung menyebarkan virus flu tu pda anak2 yang lain. Ada ke cara untuk atasi ni?
Setuju sis. Kadang sampai kita geram juga sebab penat kita pastikan kebersihan & kesihatan anak kita. Tapi sbb sorang terjejas da buka peluang utk anak lain turut dijangkiti.
Salma doc...anak saya batuk dan selsema dah lama (4/1hingga skrg) tapi tak pernah demam..adakah ini kemungkinan influenza atau virus biasa? Influenza mmg disertakan dgn demam atau ada yg kena influenza tanpa demam?saya sudah bawa anak jumpa doc..lung semua clear..skrg saya hany monitor kat rumah je. Utk pengetahuan doc..anak saya kalau batuk mmg lama sebelum ini pernah warded disebabkan oleh batuk (nafas laju)..dan doc suspect tibi..tapi semua test dah buat semua negative..
Salam doc, Saya nak tanya kepada doc anak saya baru masuk 2 bulan semalam dan baru menerima suntikan vaksin yang pertama sebanyak 3 kali. Saya nak tanya kenapa bila dia nak buang besar dia akan meneran dan najisnya berwarna hijau. Saya 80% susu formula dan 20% susu ibu. Saya nak bagi susu badan tetapi dia akan nangis bila saya bagi susu badan dan saya takut dia lapar. Adakah normal untuk seorang bayi untuk meneran tetapi najisnya cair sahaja?
Assalamualaikum doktor,, Saya positif INFLUENZA A ketika mengandung 8 bulan,, Terus kena admitted di ward dan heartbeat baby jadi 200 akibat suhu badan terlalu panas,, ketika di ward saya diberikan ubat tamiflu dan masuk air untuk sihatkan saya sahaja,, jadi persoalan saya 1) Adakah baby saya positif influenza juga? 2) Kesan influenza kepada baby dalam kandungan? 3) Perlukah saya ambil ubat untuk baby? Terima Kasih
1) Adakah baby saya positif influenza juga? = Tidak semestinya. Jika bayi anda mempunyai simtom influenza seperti batuk, demam, selsema, dia perlu diperiksa bagi memastikan samada dia menghidap influenza atau tidak 2) Kesan influenza kepada baby dalam kandungan? = Jika anda mengandung dalam tempoh 3 bulan pertama, dan menghidap influenza, bayi berkemungkinan akan menghadapi masalah kecacatan tulang belakang, kerana 3 bulan pertama adalah fasa pembentukan organ yang penting. Ketika mengandung 4 bulan dan ke atas, kebiasaannya organ dalaman baby sudah terbentuk, maka influenza virus tidak akan mengakibatkan kecacatan kepada organ bayi 3) Perlukah saya ambil ubat untuk baby? = Sekiranya bayi anda menunjukkan simtom influenza, dan ujian influenzanya positif, maka dia perlu diberi ubat tamiflu/anti-virus. Sekiranya bayi masih di dalam kandungan, anda hanya perlu mengambil ubat influenza untuk diri anda sendiri sahaja, jika anda disahkan positif influenza
Assalamualaikum dr.. sy ada baby 3m. And now duduk kmpg yg kwsan kurg jgkitan influenza. Tp after Chinese new year sy akan pulang ke penang dan di situ kawasan yg agk byk kes influenza ni. Apa langkah yang sy perlu ambil untuk baby 3m? Sbb risau jga kalau bawa baby keluar ke shopping mall atau tmpt2 awam boleh dijangkiti. Dan apa vaksin untuk influenza ni? Perlu ke baby sy ambil vaksin tersebut in 3m?
Langkah-langkah mencegah jangkitan influenza 1. Etika batuk dan bersin yang sihat dan selamat. Menggunakan tisu, dan membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah 2. Mengambil vaksin untuk anak berusia 6 bulan ke atas 3. Jaga kebersihan tangan, dan kerap membasuh tangan 4. Elakkan tempat awam yang ramai orang 5. Jika anda terkena influenza, dapatkan rawatan, dan kuarantinkan diri di rumah selama seminggu Setakat ini, tiada maklumat/kajian mengenai keselamatan vaksin influenza bagi anak-ana berusia 6 bulan ke bawah. Utk bayi berusia kurang dari 6 bulan, hanya perlu ambil langkah berjaga-jaga, jaga kebersihan dan elakkan tempat awam yang ramai orang.
Kalau ambil additional vaccine influenza terus memberi kesan ke atau ambil masa beberapa minggu? Dan bilakah umur sesuai utk vaccine influenza bg anak berumur setahun 6 bulan? Apakah tanda2 bayi bawah 2tahun dijangkiti virus influenza? Kalau bawa anak keluar di tempat awam pada masa sama kita risau penyebaran wabak influenza, boleh kah ditangani dgn sanitizer atau spray anti virus kat tgn anak?
Salam Dr Nurul.. Sy hamil 5bulan.. Dh sebulan seminggu sy menjaga ibu yg terlantar sakit di hospital.. Ibu sy ade kuman dlm paru-paru, asma, kencing manis, darah tinggi, serangan jantung.. Saya ingin bertanyakan soalan.. 1. Adakah ibu senang mendapat Influenza A semasa di hospital.. 2. Adakah mudah juga sy mendapat penyakit influenza A kerana sering ke hospital?
Rieyn Rieyn