Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!
Saya teringin nak fully bf baby. Tapi setiap kali pam susu sye dpat 1oz-2oz saje. Mmg xckup dgn demand baby di nursery. Jd terpaksa campur fm. Tp dr amek anak sepanjang mlm smpai ke pg sye df sje. Baby pun x meragam mcm x ckup susu. Sye xtau nak buat mcm mana.
Salam & Hi! Adakah makanan atau minuman yg ibu ambil memberi kesan pada susu ibu. Misalnya, bila ibu makan makanan yg pedas, anak akan mengalami sakit perut. Adakah makanan yg ibu ambil memberi kesan pada anak apabila ibu menyusu badan? Terima kasih.
Sekarang bayi berusia 4 bulan +, dan saya ada mengambil perancang depo. Apa yang saya perasan susu makin berkurang selepas amek depo. Dah masuk 2nd cucuk lagi teruk. Macam mana saya nak adakan balik susu saya.mustahil atau tidak sebab sekarang sudah kering
Jika puan ingin memulakan penyusuan semula, setelah susu tiada, ia adalah proses relaktasi. Puan perlu mula mengepam semula setiap 2-3 x sehari, at least 8 kali sehari siang dan malam. Puan boleh berjumpa doktor yang sokong penyusuan susu ibu untuk mendapatkan ubat seperti Domperidone atau metoclopramide untuk membantu proses relaktasi ini. Tapi perlu diingat, ubat ini hanya boleh diambil jika puan mula pumping dgn kerap dan hanya melalui doktor, bukan hanya melalui kaunter farmasi. Jika bayi masih mahu menyusu di breast, puan boleh susukannya menggunakan Supplementary Nursing system (tiub yg salurkan susu tambahan) di mana ransangan penghasilan susu semakin efektif.
Hai...anak sy 2b3h ..mix susu susu bdn + susu fm.. bagaimana kita nak tau susu fm tu sesuai atau tidak sbb perut bby kembung akhir akhir ni. Perlu teruskan susu fm tu atau tukar susu fm lain atau cr bancuhan susu fm yg salah.
Baby umur 1bln 9 hari, fully breastfeeding. Tp kdg2 kenapa ye masa sendawakan dia, dia sendawa sambil terbatuk batuk.. risau plk, org ckp susu masuk smpai paru2 sbb tu trbatuk.. mcm mna cara nk elakkn bnda tu berlaku.
Susu badan sy dah kering. Ada potensi lagi tak utk adakan balik susu badan, mcmana caranya.. .. Teringin nk terus susu baby.. Sblum ni sy pam je sbb bby xdpt lekap dengan baik, sy ada masalah nipple pendek. Baby 1 bln 9 hari
salam nk tnye... sy skrg 36w+3d normal ke xkluar susu lg sb preggy sebelum2 ni time mcm ni die mcm dh kuar air susu kuning2 bile picit... ingt nk bf full kat bkal bby nnt tp susu xkluar pulak.. mcm mne ye?
Hi,saya sekarang mengandung 7 bulan.masalah saya adalah nipple saya yang tenggelam.kedua2 belah jadi yang sama..mcmmana saya nak pastikan anak saya nnti akan dapt direct susu dari breast saya.
Saya mengandung dan masih menyusukn anak yg berusia 1tahun 4 bulan, Soalan saya, kenapa ya setiap kali anak mula menyusu terasa sakit sangat bila anak menyedut nipple ,tapi tiada luka atau berdarah.
Hai..saya baby baru 19 hari dan saya mengalami masalah nyilu gigi dan gusi..kenapa jadi mcam ni ye..adakah bayi sedang menyerap kalsium..boleh suggestkan cara penyelesaian?