Berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu anda ambil untuk melindungi diri dan mendapatkan bantuan.
1. Hubungi Talian Bantuan: Dapatkan sokongan emosi dan nasihat guaman percuma dengan menghubungi talian sokongan NGO dan kerajaan yang beroperasi 24 jam.
- Talian Kasih KPWKM: Hubungi atau WhatsApp ke 15999.
-Women's Aid Organisation (WAO): Hubungi Hotline di +603-7956 3488 atau WhatsApp TINA di +6018-988 8058.
2. Dapatkan Rawatan Perubatan: Pergi ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di mana-mana hospital kerajaan. Doktor akan merawat kecederaan anda dan menyediakan laporan perubatan yang penting sebagai bukti
3. Buat Laporan Polis: Hadir ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.
4. Dapatkan Perintah Perlindungan (PO): Anda boleh memohon Protection Order daripada mahkamah untuk menghalang pendera daripada mendekati atau mengganggu anda.
5.Sediakan Pelan Keselamatan: Simpan dokumen pengenalan diri, dokumen penting (seperti sijil nikah dan surat beranak anak), salinan laporan polis, dan wang tunai