Siapa ada pengalaman operate cyst masa mengandung?
Cyst sy jenis dermoid cyst yg ada lemak, rambut, gigi tu. Dh follow up doktor so far saiz lebih kurg sama je dlm 9-10cm. Agak besar. Kandungan skrg dh 15minggu. Buat masa skrg sy takde rasa sakit apa2 lg. Doktor bg sy decide sendiri sama ada nk operate buang cyst atau tunggu & lihat. Kalau nk tunggu, just continue follow up je tp klau tiba2 rasa sakit sgt2 kena emergency operation terus. Risau cyst tu berpintal atau pecah kat dalam. Antara risiko & benefit, better buang atau nak try follow up je dulu? Saya tak pernah masuk wad, ni kan pulak nk operate. Takut jugak. Huhu. Risau kat baby pun ye jugak. Org ckp sakit sama mcm bersalin czer 😰 Ada yg nak share pengalaman tak? 🙏 #firstbaby