Belum berjaya wean off
Currently tengah mengandung 8 weeks and anak first umur 2 years. Saya terpaksa wean off ngam ngam 2 years sebab dah pregnant. Susahnya!!! Masih belum berjaya lagi. Siang hari dia ok lagi lah. Malam-malam asyik terjaga mencari susu badan. Kalau saya tak bagi memang dia tantrum yang sangat dahsyat. Stressnya. Saya bukan sahaja takut membahayakan kandungan, tapi badan saya memang tak mampu mengandung dan menyusu pada masa sama. Saya rasa letih sangat. Plus, I'm a working mom. Saya lenyek asam jawa ok lah dia takut nak menyusu. Tapi siang hari je berjaya, dia kata "eeeee". Malam dia dah tak nampak asam jawa tu dia lenjan hisap jugak walaupun masih ada asam jawa. Saya dah mati akal nak buat macam mana. Makan minum semua beres memang dia makan banyak, minum susu kotak pun banyak jugak. Saya risau kalau saya teruskan menyusu, akan affect kandungan saya. Walaupun setakat ni takde la bleeding ke apa cuma badan saya jadi sakit sangat, faham-faham la budak umur 2 tahun menyusu macam mana, buas betul.
