buat buku pink
cara buat buku pink mcm mna ek ,, maaf la saya bru ank prtma#pleasehelp
Call dulu atau pergi KK atau klinik desa berdekatan rumah awak cakap nak buka buku pink. Pastikan awak 8minggu keatas kalau nak buat awal cuba tanya KK tempat awak terima tak. Kalau tempat sy diterima je walau baru 4 minggu. Kalau malas nak buat buku awal, nanti kandungan 3 bulan boleh buat buku. Jangan lambat sgt. Nanti nurse bebel. Lepastu nanti akan ada sorg nurse yang akan assist awak. Jangan risau takda cek apa pun. Cuma ambil ketinggian awak, ambil berat badan untuk tahu bmi awak, ambil tekanan darah, ambil darah untuk cek HB awak dan awak perlu kencing tuk urine test. Then,, awk akan masuk 1 bilik nurse atau doktor akan cek payudara awak(samada terdpt ketulan atau tak untuk detect awal supaya takde kanser payudara) cek perut, cek tgn kaki, cek conjunctiva awk (merah atau pucat). Lepastu akan ada iv sikitla soalan² DASS (untuk detect awk ada masalah kemurungan atau anxiety). Akhir sekali, akan ada sembg sejarah kesihatan diri awk dan keluarga samada ada kencing manis ke atau darah tinggi ke tak. Dan nurse atau doktor akan consult awk cara pemakanan, risiko sepanjang kehamilan dan byk lagila. Dan awak akan dapat tahu tarikh jangkaan bersalin awak mengikut tarikh period awk tu dan awak akan dapat tarikh next appoinment. That's it. Then, nurse atau doktor akan bagi awak 4 ubat basic ( Asid folik, B-complex, Asid corbic (vitamin C) dan ubat tambah darah). Jangan sesekali skip. Tips makan ubat B-complex yang berbau kuat tu. Tutup hidung, tahan nafas sambil telan ubat dgn air cepat². Rasa kuat ubat tu akan berkurg. Vitamin C tu boleh makan last tuk hilangkan rasa B-complex pada lidah n tekak awak. Tiap kali checkup KK prosuder wajib: 1. Timbang berat 2. Tekanan darah 3. Ambil darah untuk cek HB 4. Urine untuk cek samada ada jangkitan kat saluran kencing atau ada protein tak dalam air kencing. Banyakkan minum air masak, supaya air kencing tak kotor Maafla panjang pula. Tengah rajin nak menaip ni. hihihii
Đọc thêmpergi je klinik area awak, lepastu cakap nak buka buku. kalau lagi senang, call je untuk kepastian hari apa boleh buat buku pink