Kurangkan jumlah pam dalam sehari, susu akan drop ke tak?

Boleh tak kurangkan jumlah pam dalam sehari? sbb sekali pam sy dpt lebih kurang 8oz-10oz kalau 4-5jam. Melebihi amount yg baby perlukan. Baby baru 1 bulan lebih minum 2.5-3oz sekali. Sy rasa mcm sy oversupply. Dulu sy mula dari 3jam sekali pam, terus skrg tukar jadi 4-6jam sekali. Baby tak df. Kalau sy pam 3 jam sekali sy dpt 6oz mcm tu. Susu xakan drop ke kalau sy pam 4-6jam mcm ni? 10minit pam kdg dah dapat 6-7oz, 15min mmg dapat 8oz keatas.#ingintahu

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

OVERSUPPLY Soalan ni banyak ditanya akhir-akhir ni. Dalam masa ada ibu-ibu yang risau susu sedikit, ada juga ibu yang tak selesa dengan oversupply. Apa itu oversupply? Satu keadaan di mana penghasilan susu melebihi keperluan bayi. Biasanya berlaku bila ibu sudah mula memerah secara berlebihan dalam pantang dan ibu tak pasti hala tuju 'memerah' itu sendiri. Biasanya oversupply ni untuk mengurangkannya sebaiknya dapatkan kaunseling bersama kaunselor dahulu. Bukan apa, kerana ada ibu yang main guna sahaja tips nak kurangkan masalah oversupply, end up merana pula dengan masalah blocked duct yang terus sampai ada yang perlu menghadap mastitis. Sisi gelap oversupply ni ramai orang tak cerita ya. Yang pernah menanggung sahaja tahu bagaimana rasanya. Tips ni tidak terpakai kepada semua orang kerana ada ibu yang oversupply dan ada blocked duct juga. Namun ada beberapa langkah yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan masalah oversupply ini dengan selamat. 1. Teknik marmet Jika ibu masih dalam pantang dan memerah susu, cuba gantikan sesi perahan menggunakan pam dengan perahan tangan (marmet). Lakukan sehingga breast rasa lembut. Kenapa tak perlu guna pam? Sebab bila pam biasanya akan ambil masa yang lama dan akan menghasilkan permintaan yang tinggi pada penghasilan susu. 2. Pendekkan masa memerah Jika ibu tak mahir memerah dengan tangan dan sudah terbiasa pam susu, pendekkan masa memerah secara berkala. Contoh selalunya memerah 30 minit, pendekkan kepada 20 minit. Lepas dah selesa, pendekkan kepada 15 minit sehinggalah ibu rasa dah tak perlu perah lagi. Buat secara berkala ya, jangan drastik sangat. Sampai ibu rasa berbeza sedikit dari sebelumnya. Mungkin ambil masa 1-2 hari. 3. Kurangkan sesi memerah. Sebaiknya buat teknik pendekkan masa secara berkala itu dulu. Baru kurangkan sesi memerah dalam sehari. 4. Block feeding Teknik ini sebaiknya dilakukan dengan bimbingan kaunselor kerana bimbang jika ibu alami saluran susu tersumbat. Teknik ini dilakukn dengan menyusukan bayi menggunakan breast yang sama untuk 2-3 sesi penyusuan. Kemudian barulah ditukar dan diulang semula kepada payudara sebelah lagi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan hormon penghalang susu (feedback inhibitor lactation hormone) pada payudara dan mengurangkan penghasilan susu. 5. Tuam sejuk payudara Tuam sejuk bila ibu rasa tak selesa dan cuba marmet sehingga lega bila payudara terasa cepat penuh. Semoga bermanfaat. Nad Masrom Kaunselor Laktasi

Đọc thêm
1y trước

Ya. Org yg sama sis. Maksud sis fatin, kalau sy jarakkan pump sy 4-5jam bahkan 6jam, tak pa kan? Sbb rata2 sy tgk byk yg kata mesti pump 3jam sekali takut susu drop. Kalau pump 3 jam sekali mmg sy rasa sgt oversupply. (Sbb sy lagi prefer baby minum terus fresh ebm, dari sy simpan lama2 dalam chiller. Kalau dalam chiller pun xnak lebih dari 3 hari walaupun boleh sampai 5 hari kan.) Sy pump 4-5jam sekali pun mcm oversupply juga sebab dapat 8-10oz tapi breast masih xda rasa bengkak. Sy selalunya min pam dalam 15min. max 20min. 15min tu pun dah mcm utk 2-3 kali feeding baby sbb dah dapat 8-10oz. Baby pun baru 1 bulan lebih dalam 2.5-3oz je dia minum. Tadi sy try turunkan jadi 7min pump, boleh pula rasa breast cepat penuh. Jadi sy pening nak pam sampai ringan (15-20min pump tapi oversupply) atau pump sikit (7min cukup2 utk baby)? Anyway, thank you sis fatin sbb bantu respon.

aah, dah tahap oversupply tu. https://vt.tiktok.com/ZSNHh3jj6/ boleh tengok sini cara nak atasi oversupply. search lagi banyak2 video dekat TikTok, ramai yg share

Đọc thêm
1y trước

Ok. Tq tips nya sis.