Berkenaan FPP
Boleh sesiapa terangkan dengan lebih lanjut,berkenaan FPP.Saya kurang faham.Dari week berapa dah boleh dan cara nak apply.Adakah FPP ni bagus?
Kalau area selangor, setakat yg sy call hospital selayang, sg buloh dan shah alam tak silap. Then putrajaya. Area kl tak sure sbb sy aim ank selangor je hehe. Btw utk dpt dr pakar yg kita nak tu ada yg book seawal 12w. Sy call haritu time 25w mcm tu byk hospital dah full dan kalau ada, tinggal dr pakar lelaki je. Sy punya concern nak fpp sbb nak dr perempuan je. Pasal wad semua sy tak kisah sgt. Tp fpp mmg exclusive la wad dan layanannya. Tp takde rezeki nak fpp hehe sbb lambat book. So haritu sy bersalin secara biasa je di hospital sg buloh. So far so good cuma kena menunggu lama even dah bukaan 4cm sbb wad penuh. Last2 layan contraction di PAC je dari pukul 5pm - 2pm esoknya 8cm baru dia tolak LR 🥲. Kalau ikutkan 4cm dah boleh masuk LR tp sbb penuh kena tggu 8cm baru dia tolak masuk. Layanan dan condition di wad ok je selesa sgt sg buloh. Lg pun kejap je kita duk hospital tu. Bg sy tak ambik fpp pun ok2 jelah tak stress hehe
Đọc thêmkalau fpp Putrajaya, mmg kne awl la.. sy dlm 4 bulan g daftar.. tgk jgk tarikh due tu hot date x (cth mcm bln 8,9,12 - baby new year/valentine 🤭).. yg best nye fpp ni doc pakar je yg akan attend awk.. tp mase bersalin tu kalo doc pakar awk pilih tu x available, doc lain akan attend awk.. xsilap wad executive saje suami bole teman bermalam.. nnt cer awk check blk.. kalo fpp Putrajaya awk bole dtg dgr penerangan, stiap hari jumaat kul3ptg.. bole tny ape2 dkt nurse yg bg penerangan tu.. kalo berminat bole trus isi borang kt situ.. nnt dia tny nk doc ape n bile due date, nnt dia check doc tu available x.. cume sy rase xbest nye stiap kali dtg appt doc mcm xigt ape yg kte cerita kt dia.. kne ulang blk cerita.. haha maybe patient dia pn rmai, dia xsempat bce bku pink kte tu..
Đọc thêmSaya ambik fpp sg buloh, saya sbb ada kenalan dr pakar under fpp situ, jadi saya book by dr tu terus, untuk checkup sebanyak 3 kali, setiap kali checkup kena bayar 180+/- utk checkup start kita 35 week keatas. Dia bagus nya sbb kita dijaga rapi dgn dr pakar tu. saya total bersalin 3k sbb normal, epidural 750 +/- bagus nya fpp tak perlu tunggu katil or bilik sbb kita mmg khas sikit layanan nya. Itu je kot saya rasa. Sofar alhamdulillah bagus. Tak silap kalau czer boleh sampai 5k or normal pun boleh cecah tu. depo fpp 2k tak silap kena bayar dulu
Đọc thêmWard selesa sikit (single atau 2 katil). Doktor anda confirm adalah doktor pakar, tapi tak tentu siapa. Saya FPP bersalin biasa ngan vacuum, RM4000 lebih. Mahal jugak. Saya masuk trimester kedua, dah daftar FPP kat hospital yg saya nak. Tapi appointment ngan doktor pakar bermula pada trimester ketiga. Sebelum tu, masih check up kat klinik kesihatan. Boleh baca kat sini https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/full-paying-patient-fpp-hospital/amp
Đọc thêmMmm saya leaking air ketuban. Stay kat hospital 4 hari 3 malam.
Sy ambil FPP sungai buloh . Kena call bila kandungan usia 35 mggu untuk book doc yang kita nak .. sungai buloh ade 3 doc perempuan . 2 muslim 1 india . Yang best ya FPP hanya doc pakar yg kt pilih shaja yang akan kita jmp sehingga bersalin. Bilik single room . Suami boleh teman . Total sy kena RM 2800+ normal (vacum) sbb mmg sy bgtaw doc saya nk cuba normal juga 😅 . Ni sy stay 2 hari 1 malm.
Đọc thêmTak payah keje kerajaan. FPP utk yg nak bayar utk dpt ward selesa sikit, doktor pakar.
I pun dulu nak sngt ambik fpp ni tapi tula tak semua hospital ada. Cari kat google pun x jumpa. Nak call hospital tu mmg diorng tak layan. At last i beranak biasa je. Sis cuba you try research kat tmpt u mana je ada fpp then kalau call x angkat u kena pergi that hospital tanya berkenaan
Betul, call memang tak layan la. Pergi terus je kat hospital tu
X semua hospital kerajaan ada skrg lpas covid, yg tahu setakat ni Putrajaya shj.. haritu ada tabya kt JB HSI dh xde dh…
tak semua hospital ada package FPP. cuba awak call hospital yg awak decide nk bersalin tu tanya procedure berkaitan FPP
Yg sye tw x semua hospital ade FPP.. Better call tanya hospital yg sis nk peg tu.. Btw, sye bsalin swasta..
Awak call hospital dan buatla research sket.. refer youtube n baca dkt google website..