9 Các câu trả lời
Mcm saya, saya prefer rumah mak sendiri sbb selesa. Husband pun ok, takde membantah. Memandangkan mak mertua saya pun dah berumur + ada sakit-2 lutut (setakat nak masak & uruskan diri sendiri masih boleh). Jadi saya tak nak membebankan & menyusahkan dia. Lagipun kalau dengan mak sendiri.. kita takde lah segan sangat 😅. Kat rumah mak pun ada adik beradik saya yg lain, boleh spend time lama sikit dengan dorang waktu berpantang maklum lah saya sorang je yg berjauhan dengan family. Lagipun mak abah saya yg offer nak jaga saya. Sis boleh berbincang dengan husband. Kalau sis rasa kat rumah mertua ok, berpantang je lah kat sana. Tapi kalau sis rasa nak berpantang rumah mak sendiri, bagithu je terus terang dekat husband. Kalau boleh, biar lah kita berpantang dalam keadaan yg tenang tak serabut tak stress yg paling penting kita rasa selesa dengan keadaan sekeliling sbb nak lalui proses berpantang ni bkan sehari dua tambah-2 kalau melibatkan emosi.
ikutkan lebih selesa di rumah mak sendiri..tapi saya pernah berpantang di rumah mak mertua.alhamdulillah sama je penjagaan yang mak mertua bagi masa saya dlm pantang.jadi x dak mslh nk bpantang dimana2 pn.tapi apa2 pn bincang ngan suami y mana lbh ok..sebab penjagaan dlm pantang ni sgt penting.
rasanya mana² yg awk selesa kot dgn environment kat rumah tu, kalo ikt ckp suami tp awk tak selesa kat rumah tu payah juga kn, sb org pantang ni org kata plg penting nk jaga emosi sb kalo emosi tak stabil nt efek ke susu badan dan lain² kesihatan spjg bpantang kn.
Sbb sy dh ada pengalaman, i would say rumah parents sendiri lagi selesa 😂 senang nak flash titt*es bila baby mintak susu.. Duduk rumah mertua ni ok je.. Cuma tu la segan2 nak menayang tu.. Kang tiba2 pak mertua lalu, maluuuu 😂😂😂😂
Pendapat saya berpantang rumah mak sendiri la even mertua baik sporting. Mak sendiri tahu perangai kita dari kecik smpai besar and awak bebas nak buat apa apa time berpantang kita more sensitif and emosi.
mcm saya nnti lepas bersalin mmg berpantang dekat rmh mak sendiri . mak mertua masih bekerja jadi dia risau takut tksempat nk siapkan semua benda so dia pun okey je saya berpantang rmh mak sendiri .
tanya la suami kalau mcmtu. sbb kalau kabo suruh awk pi rumah mak sendiri tapi suami xbg, sama juga kan.
sy dah xde mak, jadi InshaAllah pantang kat mertua 😄😄 risau la nak duduk sorang2 time suami keje
Mana-mana tempat yang penting kamu rasa selesa