kalau takda alahan mmg boleh jadi kita selera makan. mcm sy, alahan agak teruk. so mmg makan agak sikit. sy tak ambil air manis langsung. pg-mlm minum air putih. mcm pg sy sarapan biskut jacobs original & roti sekeping dua. snacking tu sy makan buah jambu separuh or oren. lunch sy selalu makan salad/jagung rebus sbb sy ada sembelit sikit so kena makan byk sayur hehe. sy makan nasi jam 6-7ptg. nasi sesenduk, sayur byk & ayam/ikan. mlm dlm jam 9 tu if lapar, sy snacking buah lg. sambil tu mmg byk minum air putih. sebelum ni pun sy minum susu tp sbb sangkut gdm sy stop jap, nanti jumpa dietitian sy tanya balik pasal susu sbb kena ada sumber kalsium juga kt baby kan. berat sy dari mula pregnant sampai skrg 14w makin turun or statik mcmtu je haha. tp tu la yg sy makan harian. kira cheat day sy mcm takda kot sbb tak makan kek, tak minum air2 manis, tak makan makanan viral.