Ibu sila share schedule
Berapa ramai anak? bagaimana ibu jalankan routine bersama anak? ibu kerja ke atau hsewife? ibu start organize schedule seawal pukul berapa harian? jika ibu penat lesu, macam mana ibu overcome? Ayah bantu bersama tak?
Seorang anak 6 bulan. Anak nak masuk 5 bulan , baru saya boleh adapt dgn kehidupan baru. Baru tahu susahnya mengasuh seorang anak. Bekerja sendiri dan bakal berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan juga droshipper. Anak dah 6 bulan, baru saya mula rutin seawal 4 pagi. Bangun-mandi- masak (termasuk makanan anak)-subuh-sarapan - mandikan anak (saya mandikan anak seawal jam 5 pagi - ikut dia bangun jam berapa dan jika ada hal hari tu, jika kami ke klinik/ saya ada tugasan luar/ dia pakai diaper terlalu lama). 8/9 am tidurkan anak. buat kerja rumah/ tugasan. kalau anak tak tidur, edu play dgn dia. 12 makan. 5pm makan. 6pm mandikan anak. buka bacaan al Quran. maghrib. tutup lampu susukan anak tidurkan anak. Syukur, Allah kurniakan tenaga yg baik slps saya bersalin. Saya pastikan saya makan ontime. Jika tak,burnt out. 😅 Setiap minggu kena riadah sekeluarga di taman awam untuk elakkan stress. Call suami jika anak meragam untuk luahan shj. Banyakkan membaca dan menonton tentang kehidupan sbg ibu bapa dan tentang perkembangan anak sbg pembelajaran dan ilmu juga persediaan menghadapinya. usaha menjadi ibu yg ceria utk anak senyum manis dan isteri cantik utk suami. 😄
Đọc thêmSaya housewife. Masa lepas pantang saya start buat jadual untuk anak, waktu tidur, waktu main, waktu makan, sebab saya jenis yg kne ada jadual sistematik, kalau tak satu apa keje tak jadi. Masa before 1 tahun, jadual anak saya start pkul 8 pg, so before 8pg tu saya dah setel semua, basuh baju, mkn, mandi, masak sebab nk bg perhatian kat anak. Now anak dah 3 tahun, dh start bgn awal sbb pegi playschool, tapi sy tetap control timetable anak. Waktu tido pling penting, sbb anak sy kalau tak cukup tido dia cranky mcm mak die jugak, hahahhahaha.. kalau penat? Sy pjj ngn husband, kalau husband ada kat umah, sy suruh husband main ngn anak. Sy tido or me time kjap.
Đọc thêmsgt setuju tidur anak penting...kira momy settle kerja rumah sebelum anak bangun walaupun hse wife..pasti momy tidur awal jugak ni 🥰☺️
Mother of 1 bouncy little heart throb