Hai ibu2,ad x pengalaman ektopik pregy sblm ni,sy da 6wk n risau berulang,ap ciri kandungan selamat

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ektopik kehamilan adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana ia berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, biasanya di dalam tiub falopio. Memang betul, ada kebarangkalian untuk ianya berulang, namun tidak semestinya begitu. Untuk memastikan keadaan kandungan selamat, berikut adalah beberapa ciri-ciri yang anda boleh perhatikan: 1. **Tiada Pendarahan atau Sakit**: Kebanyakan kehamilan ektopik bermula dengan pendarahan faraj dan sakit di bahagian pelvis atau bawah abdomen. Jika anda tidak mengalami gejala ini, itu adalah tanda yang baik. 2. **Ujian Ultrasound Awal**: Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan ultrasound awal. Ini adalah cara terbaik untuk mengesahkan lokasi kantung kehamilan. Jika kantung berada di dalam rahim, itu adalah berita baik. 3. **Tahap Hormon HCG Normal**: Ujian darah untuk mengukur tahap hormon HCG juga dapat membantu. Dalam kehamilan yang sihat, tahap HCG akan meningkat secara berterusan pada kadar yang normal. 4. **Rasa Mual dan Tanda-tanda Kehamilan Lain**: Walaupun mungkin tidak selesa, rasa mual dan tanda-tanda kehamilan lain boleh menjadi tanda bahawa kehamilan anda berada di dalam rahim. Namun, penting sekali untuk selalu berkomunikasi dengan doktor anda. Jangan ragu-ragu untuk membuat temu janji segera jika anda risau, terutama jika anda mempunyai sejarah kehamilan ektopik sebelum ini. Doktor boleh memberikan nasihat yang lebih spesifik dan melakukan pemeriksaan lanjut jika perlu. Untuk ibu hamil, menjaga kesihatan diri melalui pemakanan dan suplemen yang betul juga sangat penting. Anda mungkin ingin mempertimbangkan suplemen yang khusus untuk ibu hamil seperti ini: [Suplemen Ibu Hamil dan Menyusui](https://invl.io/cll7871). Suplemen ini boleh membantu memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

saya pernah ektopik..preggy kali ni 5w sy g klinik buka buku bgtahu misi ada history ektopik, tp misi kk bg tarikh scan wktu 8w..dia ckp klau tkde bleeding or sakit2 mcm ektopik dulu insyaAllah kandungan tu normal..sepanjang sblm scan tu, sy tak berhenti doa moga kandungan kali ni dlm rahim..scan 8w dh nmpk kantung & janin..Alhamdulillah skrg dh 14w..kalau nk scan rsanya awal2 6w ni scan swasta boleh je, maybe dh nmpk kantung..jgn fikir negative awak, bnyakkan berdoa okay

Đọc thêm

sis jangan terlalu fikir negatif..doa y baik2 saja..kalau cramping2 tu biasa je untuk awal pregnant sbb menempelan telur di dinding rahim dan rahim mengembang seiring semakin meningkat usia kandungan..selagi cramping tu tak menyebabkan pendarahan, kandungan akan ok je..sis jaga diri..jgn terlalu buat kerja berat2..kalau rasa badan tak larat sis tolong rehat je.. kalau ektopik cramping teruk dan pendarahan berpnjangan..

Đọc thêm
6mo trước

terima kasih sis beri komen yg membina,ok sy pkr positif je☺️

Hrni saya dh masuk 10w, sejak smlm perut cramp .. pergi kk check, dr ckp prut blh cramp bila tlampau lama ddk utk pjalanan yg jauh… and dc pun adv kalau ada rasa was2 sbb sakit tak biasa pergi je kk / ed due to pernah alami etopic 12yrs ago, ni first time pregnant after that incident.. agak scary juga.. l

Đọc thêm
Influencer của TAP

tak pernah ectopic, tapi doktor pernah suspect ectopic. bila refer ke pakar, doktor pakar ada tanya ada tak tanda2 ectopic pregnancy mcm bleeding, atau cramping yg teruk. masa tu 9w. kalau awal2 kadang belum ada simptom, tapi by 8-9w doktor tu kata selalunya dah ada simptom2 tu.

Selagi takda bleeding or sakit area perut should be okay. I scan 8weeks dah nampak baby & heartbeat. Sengaja pergi time 8weeks cos kita takut since ada experience sebelum ni scan tak nampak due to ectopic. Now anak dah nak setahun. Pregnant with only 1 fallopian tube

pernah ektopik, bila scan kantung takda walaupun dah 6w .. bleeding jugak, awal2 bleeding sikit lama2 makin banyak .. sakit pinggang yang teruk waktu ektopik . kalau awak scan dah nampak kantung maksudnya bukan ektopik.

6week ni dah boleh gi scan, cakap doktor nak tgk kantung dalam rahim atau luar rahim sebab ada org share dia pregnant 6 week tube pecah, ada rezeki gi terus scan ye

6mo trước

ye sy pon 6week scan smlm alhmdulillah kantung dlm rahim cuma janin je belum nmpk lagi

saya pernah alami.. kalau saya tahu saya mengandung, saya akan pergi scan check..