Perlu kejut susu ke tak?
Hi. Baby sy dah dua bulan lebih. Sebelum tidur akan minum 3 atau 4 oz. Skrg ni dia tidur nyenyak sgt. Kalau sy tak kejut mmg sampai ke subuh la dia tak bangun. So sy set alarm setiap 3 jam dan kejutkan dia untuk susu/pampers. Takpe ke baby umur mcm ni tidur tak susu? Betul ke cara sy buat skrg ni?
anak kita sama sis. anak sy jenis tdo lama. sy jenis tak bagi dia tdo maghrib. sy biar dia x tdo 3 jam. sy start tdo kan dia around 8pm. dia akan bangun 1@2am utk menyusu. masa tu la sy akan tukar pampers. dan dia bangun pukul 4am dan 6am plak. jenis suka tdo lama. oh btw anak sy fully bf.
Tak perlu kejut sis.. baby normal baru lahir mmg tdo lama.. cuma kalau lebih 4 jam 5 jam bru kejut bg susu.. sy buat mcm tu .. ☺️baby sy pn 2 Bulan lebih paling lama dia tidur sy x kejut dlm 6 jam..
Mungkin umur macam ni kebanyakan baby sama. Anak saya pun sejak masuk 2 bulan, malam tidur lama. Kadang lepas pukul 12 tu straight sampai 5 pagi, kadang ada bangun pukul 3. Siang jaga sejam macam tu je.
Saya pakaikan pampers yang berkualiti sikit dah yang baby akan rasa kering lagipun malam dia dah tak berak kan. Tidur lama tu pun boleh buat dia membesar dengan baik. Walaupun banyak tidur & siang kuat menyusu jadi berak banyak juga, cucuk 3 bulan haritu naik berat anak saya ikut range normal.
Tu lah. Anak sy pernah juga sampai 5 jam tidur, tapi ibu saya suruh juga kejutkan, katanya jgn biar dia tidur selama itu, kena bagi susu. Skrg sama lah mcm sis, 3 jam pastu kejut untuk susu.
kan? sbb dia mcm kecik sgt lg so rasa risau kalau lebih 3-4 jam tak susu. nanti da besar sikit la baru biar dia tdo lama.
Saya ada dengar prof bagi pendapat kalau baby >3bulan tak perlu kejutkan untuk menyusu kalau dia tidur sebab taknak ganggu waktu tidur dia, dia akan bangun bila dia dah rasa lapar
wahh best nya sis.da juga baby mcm tu sis,pagi bru minta susu..try sja bgi susu jam dikataakn sis tu,klu dia tak nak nyusu mungkin tak pa kot😅
🤭🤭cute nya..jnji ank tak meragam sja sis.
Selagi mknan baby cm susu, kna ada feeding skali waktu tgh mlm atau awal pg. Baby x blh biarkan lebih 4 jam x minum susu
dari pukul brapa tidur tak jaga? baby fully fm ke?
selalunya akan tidur pukul 11. so sy akan kejut dalam pukul 2/3. sebelum tidur dia minum 4oz. fully fm.