Baby kuning

Baby saya kuning, tiap hari pi naik. Skrg saya risau, sebab dah gerak sejam sekali dua jam sekali untuk bf, dia tak mau sedut. Tiap jam saya kena pam bagi sebab dia x mau direct kat saya sebab nak tidur walaupun dah mcm2 usaha kejut dia suruh bangun. Mommies ada tips dak? #worriedmomhere #PleaseAnswer

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai mommies. Tulisan ni agak panjang sikit. Saja nak share experience anak saya kena kuning. Baby saya pun ada kuning. Dia lahir 16/2. Cukup je 24 jam lepas lahir, dr detect dia ada kuning (bacaan 257 dr ada mention kena ambik darah utk thu bacaan bilirubin). Malam tu terus kena ddok bawah lampu (masa tu pakai 1 lampu je). Kita ni dah lah first mom, first baby pulakk tu.. bila tngok anak kena ddok bawah lampu.. hati terus rasa sedih sangat, rasa sebak & hiba. Tambah pulakk dia meragam je ddok bawah lampu tu.. asyik menangis. Dalam ward, dengar suara anak saya je yg kerap menangis. Bila kita ambik dukung, dia ok je. Bila letak balik bawah lampu terus melalak. Saya pulakk jenis tak sampai hati tngok anak menangis lagi-2 menangis dia tu mcm kena pukul. Tambah lagi meruntun jiwa bila nurse datang ambil anak saya utk ujian darah. Dari jauh, saya dengar suara anak saya menangis. Allahu. Hati saya mmg sedih. Kita ni sakit bersalin pun tak habis lagi (even normal tapi ada gunting & jahit). Bila result darah dah keluar, makin tinggi pulakk (bacaan 300 lebih). Jadi dr suggest, anak saya kena masuk NICU (dekat sana lebih detail penjagaan baby yg kena jaundice ni). Dengan hati yg terlalu sedih, saya balik ke rumah tanpa baby. Setiap masa teringat dekat anak je. Maklum lah belum puas tngok & tatap muka dia masa lahir tu. Ddok dekat rumah, telinga saya mcm sensitive (asyik dengar mcm suara anak menangis je). Saya setiap masa berharap & berdoa supaya anak saya tak ddok dekat NICU lama-2. Alhamdulillah. Anak ddok dekat NICU pun sehari je. Kuning pun turun dari 300 lebih turun ke 215 (actually still tinggi jgakk tapi as long as tak ddok dekat NICU so ok lah & dr suruh follow up dekat kk je). 3 hari pergi follow up dekat kk (bacaan makin naik, 3 kali appt bacaan tak pernah turun). Sampai lah hari ketiga (bacaan kuning kalau tak silap dah 300 lebih, dah lebih dari paras lampu so kami berdua kena ke hospital dengan ambulans). Baby kena tahan ward lagi cuma kali ni nasib baik saya boleh teman baby sekali. Mula-2 kena pasang 1 lampu then bila keluar result darah (bacaan still tinggi kena pasang 2 lampu). Allah saja yg thu betapa bercampur baur nya perasaan saya. To be honest, saya rasa stress. Saya rasa bersalah. Saya rasa saya penyebab anak saya kena jaundice saya rasa org sekeliling seolah-2 menyalahkan saya. Dengan tak cukup rehat & tidur. Sakit kat tempat jahit lagi. Mcm-2 saya fikir. Kena tahan dekat ward 2 hari (nurse advise, kalau dengar anak menangis atau meragam biar je.. jngn angkat kecuali nak bagi susu). Nasib baik kali kedua masuk ward ni, anak saya nak ddok bawah lampu tu. Rasa lega sikit hati ni. Cuma sesekali je dengar dia merengek-2. Btw kami berdua darah 0 . Dipendekkan cerita, anak saya dah boleh discharge (bacaan result darah dah jadi 263, dah jauh dari paras lampu & kena follow up dekat kk). Pelbagai usaha & ikhtiar kami buat utk bantu jaundice turun, baby pun mmg kerap-2 berak & kencing tapi bila ambik darah kat kk still tinggi jgakk. Saya pun mmg jaga mkan, tak mkan sembarangan (berpantang rumah mak mmg dipantau dari segala segi). Kesian tngok kaki tangan lebam-2. Dr akan follow up baby sampai 14 hari je. If dah masuk 14 hari still ada jaundice, baby kena ambik darah utk check bilirubin, kena ambik sampel air kencing. So far alhamdulillah result darah semua normal & takde masalah apa-2 cuma baby ada prolonged jaundice je. Berkat doa yg tak putus-2.. baru ni (19/3) follow up dekat kk, dr ckp kuning dia dah turun (mata & kulit dah semakin cerah, baby pun dah makin aktif) Betapa happy nyaa saya. Nanti 30/4 ni cucuk 2 bulan & dr akan tngok lagi kuning baby. Masa mula-2 baby keluar dari NICU, dia mmg kerap tidur maklum lah kuning tngh tinggi. Mmg struggle sangat nak kejut dia bngon minum susu (buat lah apa pun, mmg dia takkan bngon kecuali kalau dia betul-2 nak susu je baru dia akan jaga selebihnya bnyk tidur). Saya mix susu (susu badan formula). 16/4 ni baby dah masuk 2 bulan. Skrg pun berat dah 4kg lebih, dah terasa berat & lenguh nak dukung lama-2. Hehe. Dah tak perlu lagi nak kejut setiap 2 3 jam utk menyusu. Baby pun dah pandai senyum & ajak bersembang skrg ni. Syukur sangat. Moga-2 anak kita semua dapat membesar dengan baik & sempurna.

Đọc thêm

anak sya kuning 99 lpstu naik 208 smpai 300..petua mak sya dri cucu2 dia no 1 smpai ke 7 ne, klau kuning mandikan dgn herba teh (beli dkt kedai cina yg jual herba2) jgn beli teh uncang punya. beli teh yg serbuk rebus+toskan campur dgn air panas+sejuk n mandikan anak.. in shaa Allah menjadik !!! jgn bilas dgn air biarkan air teh tu meresap kt badan..yg penting kerapkan susu ibu n kejutkan anak..Jgn mkn halia,serai,kunyit smntara waktu.. kuning dah xde bru boleh makan 3 benda tu dlm msakkan..

Đọc thêm
9mo trước

Yang ni betul. ubat herba cina utk jaundice la yg paling berkesan. seminggu dah baik

Baby kuning mmg kuat tidur, makin kuning makin kuat tidur.. Adik sy baru2 nie melahirkan dan kuning anak dia dh nak dekat 200, masa tu sy bru teringat kwn opis dlu beli susu kambing karihome utk turunkn kuning.. Jd kmi pun try bg susu tu utk anak buah sy, alhamdulillah berkesan.. Dr 180 terus turun 140 dlm msa 1 hari.. Sbb lps je minum susu baby terus berak.. Masa tu mak dia puting luka, jd kmi tpksa bg susu fm..

Đọc thêm

angkt je bby then bg puting kt mulut dia. ank sy dia ttup mta nth tdo ke x bg puting dia trus hisap😂😂 ank sy 2bln lbh jaundice. susu sy x bnyk. sy bg susu kmbing brand karihome, 6 tin jugk lh. dri 200 ke 104. pstu dc suggest appeton. sbotol kecik ja ,blh bli dkt frmsi. then kna gi dc pkar plk nsiblh msa ni dh 69. tp tulh, still ada tmujnji 3bln skli. 🥹

Đọc thêm

saya selalu standby tissue basah untuk kejutkan dia, tak bedung bila menyusu. dan palinh menjadi, masa susukan dia, sua je breast dan buat teknik breast compression untuk alirkan susu ke dalam mulut. baby akan terkejut sikit, tapi nanti dia akan continue menyusu. sepanjang menyusu, ulang2 buat breast compression sampai dia kenyang.

Đọc thêm

nurse ajar saya kejut baby kuning dgn gosok tapak kaki dia laju2. gosok sampai dia nangis, biar dia betul2 jaga. pastu kalau dia taknak minum susu direct, try bgi guna syringe atau cup. nurse kata baby kuning ni baby malas. semua benda malas, kerja nak tidur je 😅

9mo trước

betul.. baby tgh kuning memang tidur je. sbb penat.. xsihat. kena kejut untuk minum susu😊

Nurse ajar sy, jangan bagi baby selesa sgt masa tdo. Contoh, jangan bedung. Sebelum nak bg susu, urut2 perut die dulu. Tukar pampers. Biar tdo die terkacau. Pastu baru susu kan. Macam tu la sy buat kat ank sy. Anak sy prolonged jaundice :)

lagi tinggi kuning lg dia kuat tidur.. mcm kita jgk tak sihat nk rehat je.. lagi2 siang sedap tidur bdk ni.. sy dulu bw anak nyusu kt tepi tingkap la depan pintu mana2 yg cerah. kaki selalu kena usik2. kurangkan hayun gerak badan masa nyusu

Influencer của TAP

gosok2 tapak kaki dia utk kejutkan dia. cm sy dulu terpaksa jadi epmom sbb anak x reti myusu. x cukup susu bdn, sy topup formula. hampir sebulan lebih juga anak kena kuning. now anak da 7 bulan. anak bila kena kuning, mak2 kena byk bersabar ye. #1stmom

Influencer của TAP

Baby jaundice mmg kena kejut sbb diorg suka tidur. Anak2 sy mcm2 sy buat. Togelkan diorang, tukar lampin,basahkan muka dgn badan dgn air sejuk,basically benda2 yg diorg tak suka lah 😂 stress kejut bgn susu.