Newborn - susu dalam botol

Baby saya baru 6 hari. Saya punya susu banyak, tapi kebanyakan masa saya bagi dalam botol sahaja susu yang telah dipam. Mula2 saya tak bagi direct feeding sebab puting saya dah melecet, sebab saya sampai sekarang tk reti bagi direct feeding sangat. And lagi satu puting lagi sebelah agak leper. Nak tanya, gagalkah saya sebagai seorang ibu sebab tak bagi direct feeding :’)

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dear awak tak keseorangan. Baby saya 2 minggu. Saya pun antara new mom yg tak dpt nk direct feed sampai baby saya turun berat badan teruk awal2. Masalah puting juga. So saya pun bagi susu guna botol. Dlm masa yg sama saya cuba nipple shield untuk direct feed. Alhamdulillah baby dpt latch cuma agak struggle kdg2 sbb baby dah biasa dgn flow rate puting botol susu. Jadi kdg2 dia stress bila susu lambat. Dan saya pun tak tahu dia minum byk mana dri direct. Pada awalnya saya pun menangis juga rasa gagal tak dpt direct feed tapi awak ingat 1 yg susu banyak tu pun 1 kejayaan dan rezeki untuk anak. As long as dia masih dpt minum susu ibu pun alhamdulillah awak. Saya fikir tu je sbb ramai juga ibu lain yg undersupply. Jangan risau ya. Nanti mungkin kita boleh cuba join class2 lactation untuk cari solusi untuk masalah kita 🥹

Đọc thêm

Tak gagal, selagi awak usaha utk jaga makan pakai anak. Teruskan usaha direct feeding, puting saya pun dua2 leper (inverted) & baby mmg susah nk latch sampai luka, darah. Nangis2 saya. Tp hari2 saya cuba, hari2 saya latch kan. Sebab kalau saya tak cuba, anak takkan pandai & saya akan mental jadi epmom sbb penat sgt. Lepas 2 minggu baru anak saya berjaya df. Skrg dia dah setahun, fully bf. Sis boleh ikhtiar dgn: 1. sapu nipple/nursing cream. Fav saya brand palmers & medela purelan. Lepas sapu baby boleh terus df sebab safe 2. Tiap kali mandi gentel & timbulkan nipple. Guna nipple puller pun boleh 3. Df guna nipple shield, tp kena mahirkan cara guna kalau tak anak susah latch 4. Elakkan pump bila nipple luka. Boleh jd lagi teruk. Sebaiknya marmet

Đọc thêm

Kita as a mother ni jgn berpaksikan “apa orang kata” sgt. To be a good mom doesn’t means kena df semata-mata. Nak df semata-mata sampai puting luka, at last baby minum susu dari puting berdarah, dapat penyakit je. Tak kisahlah susu badan direct ke, susu badan melalui botol ke atau formula milk sekalipun, nothing is wrong. Setiap ibu and anak Allah cipta yg terbaik dah. Mesti ada sebab dan hikmah why Allah ciptakan sesetengah wanita sedikit penghasilan susunya dan ada pula yg terlampau banyak penghasilan susunya. Regardless of whatever it is, a mom is still a mom. What we can do is keep improving ourselves ❤️

Đọc thêm

Hai, awak tak keseorangan. Baby saya baru 14 hari, anak no 4. Yang no 4 ni agak struggle jugak sebab sy df, nipple sampai luka both sides. maybe baby xpandai nak latch lagi, and nipple sebelah pon jenis leper sikit. so sekarang memang bagi baby susu through botol jer lps pam. 3 anak yg sebelum ni semua ok, senang df je. stress jugak kadang2 tapi saya cuba positif jer. kadang2 time tido je saya try bg df, tapi struggle jugak sebab baby mcm reject, maybe sebab susu lambat keluar tak macam guna botol. so maybe akan take time jugak baby nak biasakan dengan df. keep positive and Good luck mommies!

Đọc thêm

Hello hi, saya pun new mom and puting also melecet, nipple bleb sampai rasa nk demam and sampai satu tahap nangis masa df baby sbb sakit. Kuatkan diri dan mmg kena bagi juga dkt baby df supaya bonding tuu ada especially org mcm saya yg bekerja sbb itu sahaja masa yg ada. But if you dah cuba juga but tak boleh, di what the best for your baby okay 😊.

Đọc thêm

Tak gagal pun. Jangan dengar apa orang lain cakap sbb yg jaga anak kita adalah diri kita sendiri. Mental fizikal kita sendiri. Cara orang semua lain lain. Saya pun bagi botol tak direct. Haritu baby kuning tinggi kena warded , susu badan sikit saya topup susu fm . Pam susu tapi simpan peti . Tapi lepas 2w baru bagi df

Đọc thêm