Suspect ectopic pregnancy
Assalamualaikum.. LMP saya 5/9, test upt naik double line. usia kandungan mengikut apps 6 minggu. 19/10 (10pm) saya ke PAC sebab ada bleeding. Check upt negatif, dan TVS rahim kosong. 2 orang doktor check cakap hal yang sama. Saya jadi confuse bila result upt dekat hospital jadi negatif. Dalam report sahkan saya lambat period je.. Tapi sebab saya bertegas cakap saya guna 3 jenis upt berbeza dan hasil tetap double line, doktor decide untuk buat ujian beta hcg dan suruh tunggu dirumah. Kalau result beta hcg meningkat baru hospital akan call. 20/10 (6.30am) result upt saya masih positif. 20/10 (9am) hospital call suruh datang sebab bacaan beta hcg 426.3, saya disahkan pregnant. Doktor berulang kali minta maaf sebab kurang alert dan terangkan yang saya mungkin mengandung luar rahim. Jadi saya diminta untuk buat ujian beta hcg lagi selepas 48 jam. Ada ke dalam ni yang scan perut dgn TVS rahim kosong, dan x mengandung luar rahim? Cuma kantung lambat nampak tapi dalam masa yang sama ada bleeding?