Air Gula Jenama Barikel

Assalamualaikum..hari ni genap 14 minggu kandungan sy..first time preggy..nak dijadikan cerita, pagi tadi sy first time buat test MGTT & minum air gula di kk..masa sy minum air gula putih, sy perasan akak sorg ni dia bawak air botol berperisa berwarna oren..sy tertanya2, tu mungkin air gula dia bawak sendiri..jadi tadi sy cuba search air gula ibu mengandung kat shopee, memang keluar sebijik botol air gula akak tadi minum..jenama barikel..persoalan kat sini, bole ker mcm tu? Xminum air gula kk sediakan tapi diganti air gula berperisa dibeli sendiri? Kalau bole, sy nak cuba jgk lah 🤭 pertama kali minum air gula putih tadi serius xsedap & susah nak telan..kot2 la berperisa ni membantu..tapi kena abeskan satu botol tu jugak? Harap terjawab persoalan sy..TQ

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Boleh tapi kena inform nurse dulu. Ye kena minum sebotol tu. Jangan bukak penutup botol tu. Tunjuk kt nurse dulu sebelum minum. Saya pun beli yg oren tu Alhamdulillah laju je teguk & tak muntah. Cuma pening sikit. Ready minyak angin sapu kt kepala.

2y trước

InsyaAllah boleh sis. Jangan fikirkan sangat muntah tu. Enjoy je. Semoga dipermudahkan urusan

Boleh. Tapi kena inform nurse. I minum air gula tu dekat klinik pakar o&g. Dr sediakan air gula brand barikel tu. Ada byk flavor (strawberry, orange, lime, honeydew). I minum yang honeydew.

Sy dkt dungun, trganu. Kalau tempat saya, nurse dah inform siap2 yang air gula dalam botol tu tak valid. Boleh beli sndiri yang serbuk tu shj. Tak kisah apa2 perisa asalkan serbuk

Saya rasa yg oren tu lagi buat sakit tekak.. Xtaw lah org lain.. Bg saya mmang xleh telan yg oren tu.. Saya lebih rela telan yg kosong..

2y trước

Pernah cuba ker jenama barikel tu?

Boleh. Yang penting kena inform your nurse incharge

2y trước

Ok tq 👌🏻