Air selusoh
Assalamualaikum...disini saya cuma nk luahkan, saya #firstmom & saya merupakan seorang nurse... jd saya tahu tentang akibat minum air selusoh yg kononnya dapat memudahkan proses bersalin jd saya menolak sekeras²nya perkara tu. Ibu mertua pula jenis yg suka amalkan jenis² perbatan herba, akar kayu dan sbg. Saya x nafikan ibu mertua saya TERSANGATLAHHH BAIKK dan sygkan saya mcm anak sendiri. Baru² ni ibu mertua buatkan air selusoh iaitu air yg direndam dgn genggam fatimah yg dibeli dari tanah suci. Saya tahu niat beliau ikhlas nak memudahkan proses bersalin saya tapi untuk menegur hal ni saya rasa serba salah. Saya dah berbincang dengan suami dan suami pun dah bagitahu ibu mertua tentang keburukan air selusoh ni... tapi ibu mertua saya marah dan cakap seolah² suami saya degil taknak bagi saya bersalin dengan mudah. Kalau dah anaknya yg bagitahu pun macamtu, saya lagilah. Tadi saya bangun kencing(tengah malam) dan saya tuang air selusoh yg dalam jug tersebut kedalam singki, dan gantikan dengan air kosong sahaja. Allah ja yang tahu rasa bersalah ni macam mana dengan ibu mertua sebab dia dah susah payah utk saya tapi saya buang air tu. Saya terpaksa... saya taknak benda buruk jadi pada kandungan pertama saya dan saya tak nak alami kesakitan yang teramat sangat sebelum sampai masa bukaan lubang. Tolong bantu tenangkan hati saya 🙏😌
seorang isteri & seorang ibu