Makan Set Basic Kehamilan Shaklee tapi HB drop
Assalamualaikum sis, Hari ni kandungan saya 19 weeks. Baru tadi saya buat check up. HB saya mendadak drop. Ini kandungan anak ke 5 saya, previous pregnant saya tak pernah ada masalah HB. Ini yang pertama Kali turun, bacaan 10.9. Saya risau HB saya terus turun. Saya hairan, Kenapa saya amalkan Shaklee HB terus drop ?, tak tau apa silap. Saya amalkan Vita-Lea, Vitamin C-Plus, B Complex asid Folic & Ostematrik. Saya tak minum caffeine..lama dah stop. Product shaklee masih banyak, nak buang Sayang. So boleh ka saya campur makan ubat iron tablet yg KK bagi dgn shaklee ni tapi jarakkan? Any suggestions? Saya ni gerun nampak HB mengejut drop Sebab 1st time alami selama saya pregnant.