PREGNANT 32W TAPI PERUT DAH TURUN KE BAWAH DAN BABY DAH MASUK LALUAN
Assalamualaikum semua.. semalam sy check up dekat kk.. misi kata perut dah makin turun. Masa scan pulak doctor kata baby dah pusing masuk laluan. Sy baru 32w 5d hari ni tapi perut kerap mengeras dan pelvic sakit sangat. Anak pertama sy emergency caesar sbb fetal distress jadi tak sempat nak rasa moment ni. Masa anak pertama kena paksa bersalin tapi xda rezeki normal even bukaan dah 8cm. Ada tak ibu2 yg pengalaman mcm sy? Perut dah mula turun ke bawah dan baby dah start masuk laluan walaupun baru 32w? Adakah ni tanda akan bersalin awal? Sy risau baby prem. Harap sempat capai 37w. Hopefully ada ibu yg sudi share pengalaman. Risau sangat bersalin prem sbb anak sulung msa nk dkt 37w baru perut mula nampak turun bawah. #Needadvice #32w_5d #Second_Baby