Assalamualaikum semua. Saya dah dijadualkan untuk bersalin secara elective czer hari Jumaat ni (3/3/2023) sebab baby kecik. Berat badan baby naik dah haritu, saluran darah ke uri pun okay je. Cuma size perut baby dah tak membesar. Masa first & second checkup, okay je ada peningkatan. Tapi yang ketiga ni dia maintain pulak.
So esok saya kena datang ke hta untuk buat swab test, khamis kena admit ward & jumaat dah kena bedah. Nervous betul rasa padahal dah pernah kena czer dulu 😂
Doakan saya dipermudahkan urusan sebelum & selepas bersalin ya. Dan kalau saya ada buat salah silap kat sesiapa dalam TAP ni, saya mohon maaf sangat-sangat. Doakan saya ya ☺