NAJIS BAYI 1 BULAN
Assalamualaikum semua, anak saya berusia 1 bulan lebih, dan minum susu formula. Anak saya dikategorikan sebagai bayi kolik.. Saya akan sertakan 2 gambar dan details gambar tersebut. Gambar 1 : Anak saya minum susu Dutch baby, mengalami kembung perut setiap hari, muntah selepas menyusu walaupun sudah burp kan dia...Then najis berketul-ketul pada awal proses membuang, dan kuat meragam Gambar 2 : Anak saya minum susu Frisolac Comfort AR, alhamdulillah kembung perut tiada, tiada muntah selepas menyusu then najis lembut seperti dalam gambar.. Persoalan saya adakah gambar no 1 tu menunjukkan najis sembelit ?. Dan adakah gambar no 2 tu najis cirit birit atau normal bagi baby susu formula ?

