Walau bagaimanapun bagi wanita yang hamil, adalah diharuskan baginya berbuka puasa dengan sebab-sebab yang tertentu: 1) Jika dia merasa takut berlaku mudarat ke atas dirinya sahaja atau takut ke atas dirinya dan anaknya, maka dalam hal ini wajib dia mengqadha puasa yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain seperti mana hal keadaan orang yang sakit. 2) Jika dia berasa takut akan berlaku mudharat ke atas anaknya sahaja, maka dalam hal ini boleh dia berbuka puasa tetapi wajib dia mengqadha puasa dan mengeluarkan fidyah sebanyak satu mud ( cupak ) bagi puasa yang ditinggalkan. Kesimpulannya, wanita yang hamil juga diwajibkan berpuasa. Namun syarak memberi keringinan untuknya berbuka jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan tadi. Semoga pencerahan ini dapat merungkai permasalahan saudari. Sy copy dari website pejabat mufti. Harap dpt membantu
Saya nak masuk 26weeks, first day puasa baby sangat aktif, dari lepas sahur lagi dia kick. Lepas berbuka lagi aktif dia bergerak. Second day, dia kurang gerak compare to first day. Tapi kiraan movement dia masih cukup 10(monitor sendiri). Masa berbuka pun dia hanya kick halus. Saya risau jadi suami pun suruh try dulu puasa utk hari ketiga. If waktu aktif dia (normally pukul 10 pagi) baby kurang gerak, suami suruh saya berbuka. Niat nak puasa penuh, tapi risau dengan baby. Jadi utama kan baby, inshaAllah kalau mampu kita teruskan. Sis kena banyak monitor. Mungkin weekend ni sis boleh try sehari puasa, sehari tak puasa, then catat baby movement, ada beza tak antara puasa and tak puasa. Sebab weekend kita tak bekerja jadi senang nak focus baby movement dkt rumah. Take care ye awak 🥰
saya puasa hari pertama je. terus tak puasa baby kurang gerak dan mengeras bila makan baru ok balik..kalau rasa tak ok Jangan puasa sebab kita tak tau baby ok ke tak
cuba dulu berpuasa esok hari, kalau baby kurang aktif, awak risau, boleh je berbuka.
Anonymous