Assalamualaikum Ibu2 semua.
Sy nak share sedikit psl tempoh darah Nifas yg sll buat kaum ibu keliru bila boleh mandi wajib.
"Hari ini hari ke-49 saya selepas bersalin, tapi pagi tadi ada warna coklat keluar lagi lah. Padahal saya dah mandi 5 hari lepas. Tu period ke eh?"
1. Jika yang dimaksudkan 'period' dalam situasi itu adalah haid, jawapannya bukan period.
2. Darah yang keluar lepas bersalin adalah nifas, dan tempoh maksima nifas adalah 60 hari.
3. Jika darah masih keluar dalam tempoh 60 hari, awak dikira masih nifas. Walaupun ada masa kosong (suci) di tengah-tengah 60 hari itu.
4. Cumanya, awak kena pastikan berapa tempoh masa kosong (suci) itu.
Jika tak lebih 15 hari, maknanya darah itu masih dikira nifas. Jika lebih 15 hari, darah yang keluar selepas itu dikira sebagai darah haid.
Contoh:
Darah nifas 30 hari ---> suci 7 hari (kurang 15 hari) ---> darah. Ini dikira nifas lagi.
Darah nifas 40 hari ---> suci 15 hari (tepat atau lebih 15 hari) ---> darah. Darah ini dikira haid pula (walaupun masih dalam linkungan 60 hari)
Nota:
* Masa kosong antara darah-darah haid atau nifas dinamakan naqa'. Darah ada tapi tak keluar.
** Banyak atau sikit darah yang keluar, kaedah nak tentukannya tetap sama.
*** Jangan tunggu habis pantang baru nak mandi wajib. Pantang lah sampai setahun sekali pun, ikut suka. Tapi bila darah berhenti, wajib mandi dan solat seperti biasa.
Ilmu nifas ni tak rumit. Pening lagi bab istihadah. Tapi semua jenis darah tu kita mesti tahu, tak tahu mesti belajar. Huhu.
#notadarahwanita
#hari2tambahIlmubaru