sy first time dpt baby boy,tak tahu tentang angin pasang ni. masa umur baby sy 5 hari kalau tak silap,baby sy kena angin pasang/hernia. telur dia bengkak sebelah. tu pun nurse buat lawatan ke rumah yg perasan bengkak pd telur anak sy tu. sampai demam baby sy beberapa hari lepas kena angin pasang. sy bawa ke hosp,doc bagitau nanti nurse pantau bengkak tu. sy bawa berubat kampung,air ditawar utk campur susu dan campur ke air mandian sedikit. kakak sy ada ajar juga cara urutan selepas baby mandi supaya elakkan lg angin pasang berulang bila dah sembuh nanti. sy juga cuba petua jiran ubat angin pasang guna buah keras. Alhamdulillah,habis air tawar sebotol,baby sy dah sembuh. sampai sekarang pun baby dah 3 bulan sy masih urut dekat peha dan ari² baby. paranoid bila ingat angin pasang tu
Nurul Hidayah