Susu Formula?
Assalamualaikum, Hai Semua, Nak tanya pendapat, anak saya berkemungkinan besar tak sesuai dengan Susu Formula S26 Gold Progress. Boleh mommy mommy cadangkan Susu lain? Anak saya selepas dalam seminggu lahir, kuming naik dan muntah yang projectile sehingga hilang berat. Saya bercadang nak cari susu formula as preparation untuk masuk kerja akan datang.
cuba jelah mana2 susu yg awak nmpk kt rak tu. anak sy minum dupro okay je najis lembut berat okay. tp setiap budak lain2 tolerance dia. susu snow ade, morinaga, similac. beli yg kecik2 dulu. setiap pack test dlm smggu.
Sy bagi anak sy lactagrow so far ok. Sbb ada org ckp susu lactagrow ni glucose free and susu dia mcm colostrum boleh turunkan kuning jugak tapi ikut kesesuaian baby masing2
Sye bg enfalac baby Alhamdulillah berat makin naik kuning makin kurang, n selalu berak kencing. Tapi kena tgk keserasian Bayi jugak.
Saya guna anmumlac gold, alhamdulilah kunin kurang dan kencing kerap, berat pon naik, najis sedikit lembut
saya bagi susu similac lactose free , anakk minum susu masa lahirr . Alhamdulillah berat makin naikk .
Saya cuba guna enfagrow dan karihome. Alhamdulillah kuning turun berat slowly naik
Anak saya minum s26 gold pun x sesuai, tp s26 sma kotak purple yg biasa ok 😁
Ank sy Alhamdulillah ok dgn Similac, berat naik cantik saja
Thank you for all your response