Breastfeeding
Assalamualaikum, hai. Saya nak tanya (for epmom especially, or an expert about breastfeed) , lately saya pam memang kurang sebab nak datang bulan. Yang paling saya pelik, breast belah kanan bila pam mesti sedikit berbanding belah kiri. Beza dalam 2onz. Memang anak taknak direct feeding, stok pula makin susut. Anak makan ok, cuma sejak kebelakangan ni demand dia tak terkejar. Saya kurangkan oz dia per feed, masih sama. Terpaksa pam 4 jam sekali sebab dua-dua nipple luka. Sedih betul rasa, pernah rasa nak bagi fm pada anak, tapi susu badan masih ada. Takkan nak campur pula sedangkan susu badan ni hak anak. Kenapa ye macam tu?