Cadangan susu ibu mengandung
Hi, assalamualaikum. first time mom here, boleh bagi suggestion tak susu ibu mengandung yang bagus minum? saya pregnant 7w2d.

Saya minum susu kambing wildan sepanjang pregnant. Alhamdulillah hb cantik sampai skrg dah 3rd trimester plus susu wildan banyak makanan sunnah boleh try
sye xpernah mnum susu khas untk ibu mengandung. kdg2 je mnum susu kotak tu dutch lady/hl/marigold. any flavour
Hi boleh try Oricell ino mom. Sedap and banyak benefits. Sepanjang pregnant tak sangkut gdm walaupon minum susu ni.
kalau saya minum susu enfamama perisa coklat tak muak dan banyak manfaat sis try la cuba dlm tu dh ada acid folic
Okay, boleh cuba ni. terima kasih 😊
Ambik susu kambing sis. Elok utk ibu & baby. Dpt kurangkan risiko baby jaundice bila lahir nanti.
saya hanya percaya pada fresh milk sahaja. Selain daripada tu, kandungan gula adalah tinggi.
waalaikumussalam.. tak kisah susu apa pun asalkan mendapat kebaikan untuk kandungan .
Okay baik, terima kasih ☺️
Saya 6w4d minum susu friso , act sy tak suka minum susu , tapi susu friso ngam lak 😂
Sy ambil susu low fat jer any brand..yg pntg low fat,sbb kurg mnum kalau yg laen.
saya minum similac mom.. bagus untuk perkembangan bayi