Pedofilia - Individu Dewasa Tertarik Pada Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sini saya nak ingatkan, berhati-hati ketika muatnaik gambar anak ye. Terutama tidak berbaju. Ini untuk mengelakkan anak menjadi mangsa pedofilia yang kini makin menjadi-jadi. Saya tahu itu anak kalian, tetapi penjenayah pedofilia mencari mangsa tak kira pangkat, darjat malah sesiapa pun untuk dijadikan sebagai pemuas nafsu. Ingat tak kes baru-baru ini, kanak-kanak dipeluk dari belakang oleh individu lelaki yang tidak dikenali? Ya! Dia adalah penjenayah pedofilia. Sebagai ibu bapa, kita harus memantau dan menyekat gambar anak kita. Dah banyak kali pihak berwajib memberi nasihat, teguran, tetapi malang! Masih ramai ibu bapa yang menganggap perkara ini adalah perkara remeh. Rajin-rajinkan lah mencari cerita pedofilia ini. Ini adalah langkah berjaga-jaga daripada anak kita menjadi mangsa manusia yang mempunyai nafsu liar. Tambahan, mereka boleh jadi atok, pakcik, bapa, rakan anda, jiran atau sesiapa sahaja. Beringatlah, anak kita amanah dari Tuhan. Jaga mereka, didik mereka tentang apa yang PERLU & TAK PERLU ketika berhadapan dengan orang lain. Pendidikan seks bukanlah berkaitan cara membuatnya, tetapi pencegahan awal, anatomi badan anak yang perlu dijaga, apa yang perlu dibuat sekiranya bahagian tertentu disentuh oleh seseorang. Boleh baca : 1) https://says.com/my/seismik/fakta-mengejutkan-tentang-pedofilia-yang-wajib-diketahui-oleh-ibu-bapa-di-malaysia 2) https://m.utusan.com.my/berita/nasional/pedofilia-ajar-anak-perkataan-sebenar-bukan-poen-bebird-bunga-1.941773 3) https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/259503/amp Sumber gambar : Google

2 Các câu trả lời

assalamualaikum. nk tnye. klau bersama suami shri selepas haidm ad pluang hamil x?. mcm mne nk kire time sbur kita?

Tidak. Waktu subur ni bergantung pada individu, sekiranya haid teratur maka antara 8-14 hari (kebiasaannya la). Mungkin puan boleh catatkan dalam buku/kalender/download mana-mana aplikasi menstrual. Sekiranya puan haid selama 7 hari dan jarak untuk kitaran haid seterusnya 25 hari (contoh), maka waktu subur adalah pada seminggu ke atas selepas haid terakhir. Ini mengikut jadual saya lah.

VIP Member

Tq

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan