Assalamualaikum. Anak saya lagi berapa hari nak masuk 2 bulan. Ada tips tak utk elakkan baby suka berdukung atau beriba ni? Tak lama lagi saya nak masuk kerja dah. Saya risau pengasuh taknak jaga sebabkan benda ni. Lagi satu, anak saya susah tidur siang. Kalau tidur pun, berapa minit je. Biasa dia terlelap atas tangan saya, bila letak dia menangis minta diangkat. Kadang-kadang letih sangat sebab tak ada masa utk diri sendiri. Nak pergi mandi pun takut nak biarkan dia sebab saya jaga dia sorang. Dia asyik minta utk didukung atau diriba sahaja. Tolong bagi tips. Helpless sangat 🙏🏻