Expectation dari family in law
Assalam semua. Maaf sekiranya posting saya ni mengganggu. Saya tak tahu nak luah pada siapa. Harap ada yg boleh bantu saya. Saya sgt memerlukan sokongan moral dari orang yg bergelar ibu. Umur saya 26 tahun, baru berkahwin pada awal tahun ni. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk saya timang cahaya mata cepat. Lepas kahwin, saya berhenti kerja sbb ikut suami berpindah di negeri lain. Before this, saya kerja sebagai seorang guru di sebuah tadika swasta. Sampai skrg saya masih mencari kerja. Mungkin takde rezeki lagi tp saya reda sbb Allah bg saya rezeki lain (dapat baby awal) Yg menjadi stress dan dalam dilema saya, family in laws saya asyik tanya je ''tak try kerja tu ke, tak apply jawatan ini ke, cuba la mintak kerja tu, usaha la utk cari kerja''. Cara dorang cakap ibarat saya takde usaha lgsg nak cari kerja. Saya dah cuba sebelum pkp lagi, n dapat interview n saya dah pergi pun cuma saya tau bukan rezeki lagi. Tiba-tiba musim covid, dgn keadaan saya pregnant dan alahan, saya gagahkan jugak cari kerja. Sekarang kandungan saya 31 minggu but still dorang tak faham keadaan saya. Saya cpt penat n overthinking skrg mcm mana nak ubah diri saya n berjaya mcm org lain. Ada satu kali mil saya persoalkan orang yg die kenal semua senang dpt kerja depan family husband saya. Siap pertikaikan pencapaian akademik saya dulu. Masa tu Allah je yg tahu saya rasa. Menitik air mata masa tu. Saya cuba ckp n discuss dgn husband pasal ni. Husband saya mampu cakap sabar je. Saya faham sbb dorang parents die. Mesti dia rasa serba salah. Saya tak kisah if dorang concern pasal kerjaya saya. Yg buatkan saya terasa, seolah olah dorang tak dpt terima menantu dorang tak bekerja lagi. Saya sendiri rasa serba salah dgn keadaan saya yg sarat ni. Mcm mana saya nak mulakan kerja kalau pergi klinik checkup 2 minggu sekali. Pastu nanti nak mintak cuti bersalin. Saya dah ada perancangan sendiri, lepas pantang memang terus cari kerja. Tapi parents in law saya menekan n terus menekan. Ada byk lagi kata-kata dorang yg membuat hati saya terguris tapi saya pendam je. Saya telan semua tu demi anak saya, suami saya. Tiap hari saya doa semoga Allah permudahkan urusan saya utk kerja lepas ni. Saya tak nak jadi beban utk suami saya sebab saya rasa itu yg parents in law saya fikir. Mungkin saya susahkan anak dorang. Saya harap ibu-ibu kat sini tak alami apa yg saya alami dan saya doakan kita semua dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Wallahualam 🌼