Anak refuse botol susu

Assalam mom's smua,bayi Sy berusia 2bln lbih.nt awl bulan 5 dh nk msuk kerja, skrg tgh resah sbb dia nangis kalau Sy bg botol susu,nk direct feeding ja.silap Sy tak ajar awl² Sy xda pngalaman 🥲dh try mcm2 tommee tippe, pigeon,he or shee, Avent,nuk smua dia xnk.korg ada tak cdgn puting brand apa lg yg ok?ataupun teknik² / trick nk bg dia ssuaikan diri. #IbuRisau

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak minta tolong suami atau ahli keluarga lain yang berikan botol. Kalau boleh jangan tunjuk diri awak depan baby. Baby boleh sense bau ibu. Macam saya dulu pun lagi 2 minggu nak masuk kerja baru ajar baby guna botol.

2y trước

Masa first try tu tak nangis. Haha Alhamdulillah berjaya minum. Second time baby macam dah tahu trick pulak, terus saya minta bantuan suami. Alhamdulillah dah okay. Oh ada lagi tips, awak kena bagi baby minum sebelum 2nd stage feeding cue baby. Bila dah masuk stage tu mudah baby nak tolak sebab dah lapar jadi susah nak pujuk.