Macam mane rase sakit lepas induce?
Andaikata saya overdue, bersalin selepas Estimated Due Date (EDD) dan kena induce, induce tu rase sakit sikit je ke atau rase sakit yg kuat yg teruk? Mommies semua boleh describe tak kat saya rase sakit tu mcm mane? Saya nk tau sikit2 mcm mane rase sakit tu.

Bak kata dr induce tu utk kerapkan contraction dan cepatkan bukaan jalan.. level sakit induce yg sy kena : 1. Induce ubat 1st - sakit macam kram biasa je n perut mengeras, 2. Induce ubat kedua- sakit macam memulas tertarik pinggang dan perut mengeras, 3. Induce ubat ketiga- rasa macam senggugut yang separuh nyawa hilang tu nk duduk sakit nk baring sakit nak tido sakit.. 4. Induce drip- 3 kali ganda sakit dr induce ubat ketiga.. as for first mommy.. sy boleh ckp induce drip paling menyiksakan n sy mintak ubat tahan sakit 2 kali ye walaupun xmembantu sgt pun ubat nya tu tp boleh laa
Đọc thêmKalau saya mula rasa contraction masa bukaan 6cm. Masa ni rasa sakit macam ada sebiji bola yang nak keluar. Ha ni definisi contraction saya huhu. Tapi saya sedut etonox so focus sakit tu kejap kejap je.
Tak sebab belum fully dilated. 10cm baru gynae suruh teran. Lepas baby dah keluar tu terus tak rasa apa dah. Rasa sakit tu magically hilang. Hehe
rasa senggugut. tp pain tolerance tiap bdn berbeza. tp ada je yg tak rasa apa2. it depends.
Oh ye? Mase remaja dulu, saya akan senggugut teruk setiap kali period. Senggugut saya tu sampai tahap saya kena telan sebiji ubat tahan sakit senggugut. Ubat tu saya beli kat farmasi. Kalau tak mkn ubat tahan sakit senggugut tu, maybe 3 hari berturut-turut saya akan merana and tak boleh tido mlm. Tp sebelum saya mkn ubat tu, saya cuba dulu tahan sakit beberapa jam. Bila dh tak tahan sgt, baru saya telan ubat tu sebiji. Pada pendapat awak, awak rase, saya mampu tahan tak sakit contraction nanti? Huhu. Saya takut sebenarnya. Pregnant anak pertama ni.