Anak saya umur 1 tahun lebih. Waktu tidur selalu tertukar siang tidur, malam berjaga. Ada masa tidur okay sekejap ja pastu tertukar balik. Contoh anak terjaga tengah malam ataupun poo then 3,4 jam baru tidur balik. Jadi waktu tidur dia akan drag dan jadi tertukar. Sekarang waktu subuh baru anak saya tidur sampai pukul 3,4 petang. Malam tidur 2 jam sahaja.
Kalau anak tidur siang saya kejut, anak akan mengamuk mengantuk tak boleh nak celik mata. Sudahnya dia tidur balik. Saya penat sangat sangat sebab dari anak kecik sampai sekarang masalah waktu tidur ni masih tak selesai.
Ada solution tak anak tertukar waktu tidur? Mohon bantu komen kalau mommies ada suggestion. Saya dah burn out sangat 💔